CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 538|Reply: 0

Tahniah buat Max Verstappen – Charles Leclerc

[Copy link]
Post time 11-10-2022 03:12 PM | Show all posts |Read mode

LECLERC (kiri) mengucap tahniah kepada Verstappen selepas muncul juara dunia F1 buat kali kedua sebaik sahaja memenangi GP Jepun di Litar Suzuka kelmarin. – AFP



SUZUKA, Jepun – Pemandu Ferrari, Charles Leclerc dilihat akur dengan kekalahannya selepas gagal menyekat Max Verstappen sejurus pemandu Red Bull tersebut dinobatkan sebagai juara dunia Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Jepun kelmarin.

Leclerc melakukan kesilapan di pusingan terakhir apabila terkeluar dari trek perlumbaan, sekali gus dikenakan penalti lima saat dan jatuh di kedudukan ketiga hingga membolehkan Red Bull meraikan kemenangan 1-2 di Litar Suzuka.

Situasi tersebut memboleh­kan Verstappen mengekalkan kejuaraan dunia F1 dua kali berturut-turut selepas mengutip 366 mata ketika saingan musim ini masih berbaki empat perlumbaan iaitu GP Amerika Syarikat, Mexico, Brazil dan Emiriyah Arab Bersatu.

Leclerc tidak melakukan sebarang bantahan mengenai hukuman penalti lima saat yang dikenakan ke atasnya selepas bergelut dengan keadaan tayar ketika bersaing dalam cuaca hujan lebat.

“Tahniah kepada Verstappen atas gelaran dunia F1 keduanya. Jelas sangat mengecewakan hari ini kerana segalanya berubah selepas empat pusingan perlumbaan di Jepun.

“Saya benar-benar bergelut dengan keadaan tayar terutama beraksi dalam hujan yang mencabar di Jepun. Prestasi saya menurun bermula pusingan kelima dan seterusnya.

“Mengenai soal penalti, saya tiada apa untuk diperkatakan. Saya tidak sedar insiden itu berlaku di pusingan terakhir.

“Sejujurnya, penalti lima saat yang diberikan itu adalah satu keputusan tepat. Jadi, saya ingin me­ngucapkan tahniah kepada Verstappen sekali lagi,” kata Leclerc.

Pada perlumbaan di Litar Suzuka itu, Verstappen memulakan aksi di petak hadapan sedikit terjejas apabila saingan terpaksa dihentikan seawal pu­singan ke­dua apabila berlaku kemala­ngan melibatkan Carlos Sainz sebelum Alex Albon susulan cuaca hujan lebat.

Selepas ditangguhkan lebih satu jam 30 minit, aksi diteruskan dengan perlumbaan menggunakan format masa apabila 40 minit diberikan yang menyaksikan pelumba berjaya menamatkan saingan 28 pusingan sahaja berbanding 53 pusingan sepatutnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... en-charles-leclerc/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.199191 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list