CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 580|Reply: 0

Fabio Quartararo pasrah berjuang sendirian

[Copy link]
Post time 22-10-2022 11:15 AM | Show all posts |Read mode

QUARTARARO (kiri) mengakui terpaksa berjuang bersendirian ketika rakan sepasukannya, Morbidelli berdepan masalah prestasi.


SEPANG – Pelumba Perancis, Fabio Quartararo terpaksa menyembunyikan kekecewaannya apabila terpaksa berjuang sendirian menentang barisan pelumba Ducati ketika rakan sepasukan­nya, Franco Morbidelli terus bergelut dengan prestasi.

Ketika diminta mengulas persembahan rakan sepasukannya itu, Quartararo mengakui kekurangan bantuan Morbidelli bersaing di kelompok hadapan memudahkan Francesco Bagnaia (Ducati) terus mengutip mata.

Quartararo menegaskan, dia tidak tahu apa yang berlaku de­ngan Morbidelli kerana dia turut memberi bantuan kepada pelumba Itali itu dalam sesi latihan dan juga kelayakan.

Namun, tiada banyak dapat dilakukan Morbidelli menyebabkan Quartararo terpaksa berjuang sendirian menentang Ducati yang menurunkan enam jentera dalam kelas perdana tersebut.

“Pada akhirnya semua orang perlu berjuang untuk mengatasi pasukan Ducati. Sudah tentu, ia sukar apabila anda berada di hadapan. Saya tidak tahu apa yang berlaku dengan Morbidelli.

“Ia adalah soalan yang tidak dapat saya jawab. Ia sukar untuk diketahui. Dia membuat perubahan jentera dari Yamaha M1 2019 ke 2021.

“Anda perlu menunggang de­ngan cara berbeza, tetapi selepas setahun sete­ngah ia masih belum berhasil.

“Sekarang saya berada di kedudukan di mana saya tak perlu memikirkan apa-apa. Hanya perlu cuba sebaik yang mungkin dengan mentaliti yang berbeza. Saya dapat merasakan tiada apa-apa yang merugikan saya ketika ini,” kata Quartararo.

Meskipun Ducati menurunkan enam jentera dalam kelas perdana itu, namun Quartararo masih mampu bertarung de­ngan pasukan yang berpangkalan di Itali tersebut apabila menaiki podium sebanyak tujuh kali termasuk tiga kemenangan.

Namun, kegagalan Quartararo menamatkan saingan di Australia minggu lalu membenarkan Bagnaia memimpin kedudukan pelumba MotoGP buat pertama kali dengan mengumpul 233 mata, 14 mata mengatasinya di tempat kedua.
https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... berjuang-sendirian/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.200964 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list