View: 3209|Reply: 11
|
Kes curi foto: ondscene.my vs Media Cetak Malaysia
[Copy link]
|
|
Adalah kesinambungan dari topik yang telah dikunci:
Terima kasih Utusan Malaysia
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=507450&extra=page%3D1
*Tujuan tepek di sini adalah utk berkongsi dengan kengkawan pikul kamera a.k.a spesifik board Kalu mau delete/pindah/etc terpulang. sekadar mau sharing sahaja.
Terima kasih Utusan Malaysia
Terima kasihUtusan Malaysia
By admin on October 11th, 2010
Salam kepada semua
Saya antara yang terawal menyiarkan info mengenai kemalangan ini di dalam blog setelah menerima panggilan telefon dari seorang rakan yang kebetulan melalui lokasi kejadian jam 7.02 malam, 10Oktober 2010. Untuk saya tiba di lokasi, adalah terlalu mustahil dengan jarak saya yang jauh di Kuala Lumpur. Oleh kerana ini tragedi besar, saya ‘terpaksa’ melangkaui kawasan liputan saya dan ditambah info awal yang telah saya perolehi.
Oleh itu saya berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan foto kes kemalangan ini dari sumber lain. Saya memohon jasa baik rakan di IbuPejabat Utusan Malaysia di Kuala Lumpur untuk emailkan kepada saya jika mereka telah menerima foto dari Melaka.
Bagaimanapun, setelah foto disiarkan, saya dituduh mencuri foto-foto itu! Ya, saya dilabelkan pencuri dan ianya telah pun disiarkan di dalam satu blog. Tidak perlu saya ulas panjang, kerana mungkin ada yang tidak faham senario sebenar. Kesilapan saya kerana tiada kredit watermark ihsan Utusan Malaysia pada foto yang disiarkan.
Oleh itu, saya malas nak bertelagah atau menimbulkan apa-apa permasalahan, saya menarik balik penyiaran semua foto-foto terbabit di dalam entry di bawah.
Kesilapan saya di sini ialah, kira-kira 5 peratus entry di dalam blog ondscene ini adalah foto dari sumber lain, manakala 95 peratus lagi adalah hasil usaha dari rakaman saya sendiri.
Ada portion yang 5 peratus itu, yang menimbulkan masalah. Saya sebenarnya tidak mahu dituduh untuk publisiti, tetapi biarlah saya jelaskan di sini. Sebenarnya, banyak, saya ulangi BANYAK foto-foto rakaman saya di dalam blog ini telah digunakan oleh Utusan Malaysia dan Kosmo, dan tidak kurang yang disiarkan di muka hadapan. Muka dalam tak usah cerita, penat nak bilang.
Semuanya adalah ihsan saya tanpa membabitkan sebarang urusniaga, semuanya semata-mata atas dasar sesama rakan media – bantu membantu. Jika saya kira dan congak, sebenarnya saya boleh mendapat ribuan ringgit jika foto-foto saya itu dibayar,tetapi bukan RM yang dikejar , tetapi nilai berita itu lebih berharga.
Tidak pernah, saya ulangi, TIDAK PERNAH sekali pun pihak Utusan Malaysia atau Kosmo memberikan sebarang kredit kepada saya sebagai individu atau kepada blog ini sendiri. Kosmo juga pernah ‘mencuri’ foto saya melalui Unit Foto Utusan Malaysia dan disiarkan di muka hadapan, juga muka dalam.
Malah lebih hebat lagi, Kosmo juga pernah mengambil foto dari blog ini secara copy-paste. Bagaimanapun, saya juga tidak pernah mempertikaikannya, yang penting bagi saya, maklumat dapat disampaikan kepada pembaca yang membeli Utusan Malaysia RM1.50 atau sesekali Kosmo RM1.00 dengan foto di tempat kejadian.
Oleh itu, berkuatkuasa serta-merta, saya tidak akan lagi membekalkan sebarang foto atau bahan berita untuk Utusan Malaysia atau Kosmo kerana saya telah diperlakukan sebegini yang amat memalukan saya dan intergriti blog ini.
Untuk makluman, ratusan foto dari blog ini saya juga ihsankan kepada banyak lagi akhbar tanpa melibatkan sebarang urusniaga.
Akhirnya, saya memohon maaf kepada pembaca akan kesulitan yang timbul.
Kepada Utusan Malaysia dan Kosmo, terima kasih banyak kerana ‘sudi’ menggunakan foto-foto rakaman saya selama ini dan juga sesekali meletakkan ‘Ihsan Pembaca’ sebagai kredit…
Saya akan pastikan, yang 5 peratus itu seboleh mungkin, tidak lagi ada di dalam blog ini.
Salam hormat
Kuala Lumpur
ondscene.sham
Sumber dari: http://ondscene.my/ondscene/terimakasih-utusan-malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
manusia cmnie la...
kesian bro ondscene ....
majuk dh... |
|
|
|
|
|
|
|
ader thread camni pun dah kena katup dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
ader thread camni pun dah kena katup dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
KAMI SENTIASA MENYOKONG bro ondscene ....
** Tanpa mengira penat bro ondscene telah membuat yang terbaek |
|
|
|
|
|
|
|
KAMI SENTIASA MENYOKONG bro ondscene ....
** Tanpa mengira penat bro ondscene telah memb ...
dilaOHdila Post at 11-10-2010 19:33
Wah! makcik dilaOHdila dah jadik moderator sekarang!!! bagus bagus!!! lama xjenguk sini kengkawan semua dah maju setapak hahaha..bagus bagus!!! Jangan memalu!!! Go makcik dilaOHdila!!Go makcik dilaOHdila!!Go makcik dilaOHdila!! |
|
|
|
|
|
|
|
aku kesian ..kesian juga..
tapi kdg2 aku tk paham ngn bro sham ni..
aku akui, aku mmg peminat blog dia.. tapi yg buat aku terase geli gemalan ni..
nape cpat sgt merajuk..???
dulu ada org byk komen psl stesyen BHP tu tk bagi pemadam api, bro sham merajuk smpai ugut nk tutup blog..
pstu ada orang komen2 -ve dlm ruangan komen, bro sham merajuk nk ugut tutup komen..
ape daa..
nape tk fight betul2..
ke mmg org seni (amik gmba pun seni tau)..mmg mudah merajuk... |
|
|
|
|
|
|
|
ke mmg org seni (amik gmba pun seni tau)..mmg mudah merajuk...
bro bat
org seni ni JIWANYA halus
mudah tersentuh
tapi cepat baik (kan Long?kan) |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon nak majuk gak |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon nak majuk gak
alongarts Post at 14-10-2010 01:43
Along
ang jangan lah pulak majuk long
kang sapo lak nak bagi rating (kuikuikui) |
|
|
|
|
|
|
|
tak pe, kalau nak merajuk tu merajuk lah janji tak lupa nak tabur kacang  |
|
|
|
|
|
|
|
noted |
|
|
|
|
|
|
| |
|