CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 433|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Tiada perbincangan, perjumpaan dengan Tun M' - Anwar

[Copy link]
Post time 23-10-2022 02:14 PM | Show all posts |Read mode
'Tiada perbincangan, perjumpaan dengan Tun M' - Anwar

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI   23 Oktober 2022    09:06am






Anwar




BAYAN LEPAS - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa tiada perbincangan atau perjumpaan dengan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad buat waktu ini.

Beliau bagaimanapun berkata, ketika ini lebih sesuai bertemu rakyat bagi menumpukan terhadap permasalahan yang dihadapi mereka, bukannya membawa percaturan peribadi dan sebagainya.

"Bila? Kerjasama apa? Siapa kata? Saya kata nak berbincang siapa-siapa pun boleh bincang. Mungkin ada pertemuan. Jika diperlukan hari ini, saya ada di Pulau Pinang, esok di Sabah, lusa di Sarawak. Buat waktu ini, lebih baik saya menemui rakyat.

"Oleh itu, dalam keadaan sekarang ini, usul-usul (untuk) adakan pertemuan itu seolah-olah belum ada. Berpuluh kali dah ada pertemuan sebelum ini, jadi sebab itu saya lebih merujuk kepada dasar apakah benar kita menolak rasuah, bukan nak menolak UMNO saja.

"Ini bukan soal nak menolak Najib dan Zahid saja, tetapi menolak sistem yang mendukung, merestui rasuah, kezaliman, penghinaan orang dan penghinaan kaum," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Makan Malam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang di Spice Arena di sini pada Sabtu.

Anwar berkata, beliau lebih cenderung untuk melihat pilihan raya ini berdasarkan tawaran program kepada rakyat serta kewibawaan barisan kepimpinan untuk memulihkan ekonomi dan mengangkat semula darjat negara.

Sebelum ini, Anwar yang juga Presiden PKR berkata, beliau bersedia untuk bertemu dengan Dr Mahathir bagi membincangkan kerjasama sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Namun menurut beliau, gabungan tersebut mesti menjelaskan dahulu apakah prinsip yang akan dibawa demi masa depan negara.




Anwar berkata demikian bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir yang bersedia bertemu beliau untuk bekerjasama dalam menyekat kerajaan pimpinan UMNO, BN daripada terus berkuasa menerusi PRU15, 19 November ini.

Dalam pada itu, ditanya sama ada beliau ada menerima permohonan untuk berjumpa daripada pihak Dr Mahathir, Anwar bagaimanapun enggan mengulas lanjut.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.060547 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list