View: 387|Reply: 0
|
[Kedah]
Insiden feri Langkawi-Kuala Kedah kandas tak jejas perkhidmatan
[Copy link]
|
|

Feri terkandas berjaya ditunda ke jeti Kuala Kedah - Foto ihsan Maritim Malaysia
ALOR SETAR: Kejadian feri dari Langkawi ke Kuala Kedah yang terkandas akibat air laut surut petang semalam, tidak menghalang orang ramai terus mendapatkan perkhidmatan pengangkutan air itu untuk ke pulau peranginan berkenaan, hari ini.
Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom, berkata lima perjalanan dari Kuala Kedah dan Langkawi mendapat sambutan penumpang hari ini sempena cuti Deepavali.
Jadual feri dari Kuala Kedah ke Langkawi hari ini bermula jam 9.30 pagi, 11 pagi, 1 petang, 2 petang dan 3 petang manakala dari Langkawi ke Kuala Kedah pula pada jam 8 pagi, 10 pagi, 11 pagi, 12 tengah hari dan 1 petang.

"Setakat ini tiada penumpang yang membatalkan tempahan tiket secara dalam talian atau melalui kaunter dan perjalanan feri hari ini berjalan lancar.
"Kapasiti penumpang dalam setiap feri juga penuh, ada yang 450 penumpang hingga 600 penumpang," katanya ketika dihubungi hari ini.
Baharin berkata, ketika kejadian semalam, paras air laut juga mencecah 1.7 meter dan selamat dimasuki selagi tidak menyusut sehingga bawah paras 1.6 meter yang akan menyebabkan feri tidak dibenarkan beroperasi.
Katanya, kejadian jam 3 petang semalam masih dalam siasatan, termasuk kemungkinan kapten feri mengubah laluan daripada laluan asal atau cuba mengelak kerja-kerja pengelukan yang sedang dilakukan kontraktor di kawasan itu.
"Dalam kejadian semalam, pihak konsortium lebih terarah untuk menyelamatkan semua penumpang daripada terkandas lebih lama di laut. Namun, setakat ini siasatan masih dilakukan," katanya.
Baharin berharap kerja-kerja mendalamkan alur pelayaran boleh disiapkan mengikut jadual bagi memberi keyakinan kepada pelancong untuk berkunjung ke Langkawi.
"Kejadian feri terkandas ini boleh memberi gambaran negatif kepada Langkawi dan perlu segera ditangani," katanya.
Dalam kejadian petang semalam, feri yang dalam perjalanan membawa 547 penumpang serta kru dari Langkawi ke Kuala Kedah tersadai lebih lima jam di tebing lumpur akibat air laut surut.
Operasi menyelamat dilancarkan dengan bantuan pasukan penyelamat dan nelayan tempatan sehingga jam 9.30 malam tadi, manakala baki penumpang berada dalam feri yang kemudian berjaya ditunda ke Jeti Kuala Kedah.
Operasi membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), polis, Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Sukarelawan RELA) serta bot nelayan Kuala Kedah dan Yan.
https://www.bharian.com.my/berit ... -jejas-perkhidmatan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|