CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 443|Reply: 0

[Kedah] 3 anggota APM berdepan detik cemas bantu penumpang feri terkandas

[Copy link]
Post time 24-10-2022 01:42 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA APM Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang turut membantu memindahkan penumpang ke bot nelayan selepas feri terkandas di perairan Kuala Kedah. FOTO ihsan APM

Alor Setar: "Apabila terdengar kanak-kanak menangis dan ada yang mengadu sesak nafas, saya bersama dua rakan serta dibantu sebahagian penumpang dan kru feri cuba mendapatkan bantuan nelayan berhampiran.

"Sebaik bot nelayan sampai, kami turut membantu memindahkan kanak-kanak dan bayi, warga emas serta penumpang yang mengalami sesak nafas masuk ke dalam bot," kata Muhammad Ridzuan Abdul Nasir ketika menceritakan detik cemas kejadian feri terkandas di perairan Kuala Kedah, semalam.

Muhammad Ridzuan, 28, yang juga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang bersama dua rakan sekerjanya, Mohamad Alif Mohd Isa, 32, dan Nur Aisya Mohd Shafiee, 20-an, turut berada dalam feri dari Langkawi ke Kuala Kedah yang terkandas akibat air laut surut jam 2.45 petang semalam.

Ketiga-tiga anggota APM terbabit bersama ahli keluarga menghadiri majlis perkahwinan rakan seangkatan di Pulau Langkawi, semalam.

Menurut Muhamad Ridzuan, ketika dalam perjalanan pulang ke tanah besar didapati feri terkandas dan gagal bergerak untuk memasuki Kuala Kedah.

Katanya, ketika itu penghawa dingin dalam feri itu tidak dapat berfungsi akibat kegagalan enjin feri menyebabkan penumpang panik dan mengalami sesak nafas.

"Ketika kejadian terdapat penumpang yang tidak sihat dan mengalami masalah sakit tulang belakang dan sewaktu proses untuk memindahkan penumpang itu, kami melakukan teknik alih ganti mengikat mangsa dengan jaket keselamatan serta kain pelikat yang diberikan oleh orang awam untuk dibawa turun ke bot nelayan yang membantu.

"Selama tujuh jam kami berada dalam feri itu walaupun penat tapi kami menjalankan tugas kami sebagai anggota penyelamat ketika berhadapan situasi seperti semalam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, turut membantu mangsa kejadian yang mengalami kesesakan nafas adalah pembantu pegawai perubatan, Natasya Amira Azme yang juga isterinya serta dua doktor dan seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang berada dalam feri berkenaan.

Muhamad Ridzuan berkata, mereka bertiga turut membantu mengawal keadaan dengan membantu proses memindahkan warga emas, wanita, ibu mengandung dan kanak-kanak ke bot-bot nelayan dan bot Zon Maritim Kuala Kedah.

Katanya, selepas selesai tugas, mereka kemudian pulang ke Pulau Pinang 10 malam tadi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pang-feri-terkandas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:54 AM GMT+8 , Processed in 1.232476 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list