View: 370|Reply: 0
|
[Kedah]
Air sungai terlalu keruh punca gangguan bekalan di empat daerah
[Copy link]
|
|
ALOR SETAR: Gangguan bekalan air di beberapa daerah di negeri ini sejak pagi semalam yang menjejaskan 124,807 akaun pengguna, disebabkan Loji Rawatan Air (LRA) terpaksa dihenti tugas serta-merta berikutan kadar kekeruhan air mentah di sungai yang tinggi.
Syarikat Air Darul Aman Sdn.Bhd (SADA) dalam kenyataan, memaklumkan daerah yang terjejas adalah Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu dan sebahagian daerah Pokok Sena.
"Pengoperasian LRA Pelubang dan LRA Bukit Pinang terpaksa dihenti tugas serta-merta selepas ujian makmal di LRA mencatatkan kadar kekeruhan air mentah yang tinggi," kata agensi berkenaan.
Menurut SADA, untuk mengembalikan operasi LRA, loji berkenaan akan melalui beberapa proses pemulihan sistem rawatan air serta kerja-kerja pencucian kotoran di tangki-tangki rawatan yang terjejas.
"SADA bertungkus-lumus melaksanakan proses pemulihan LRA supaya pengguna yang terkesan dapat menerima bekalan air secepat mungkin dan memastikan air selamat untuk digunakan.
"Sehingga jam 8 pagi tadi, LRA yang terkesan akibat kadar kekeruhan air mentah yang tinggi sudah mula beroperasi. Tahap peratusan loji beroperasi di LRA Pelubang sudah mencapai 100 peratus dan LRA Bukit Pinang adalah sebanyak 70 peratus.
"Tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terkesan adalah berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.
"Pengguna yang terkesan dengan gangguan bekalan air ini akan menerima bekalan air secara berperingkat. Segala kesulitan amat dikesali," menurut SADA.
https://www.bharian.com.my/berit ... lan-di-empat-daerah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|