CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 340|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua nelayan ditahan, ganja RM1.43j dirampas

[Copy link]
Post time 26-10-2022 06:29 PM | Show all posts |Read mode
Dua nelayan ditahan, ganja RM1.43j dirampas

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Oktober 26, 2022 @ 5:48pm  [email protected]




Pegawai polis menyusun ganja mampat seberat 573 kilogram (kg) bernilai RM1.43 juta yang dirampas di Tanjung Bungah, 22 Oktober lalu. - NSTP/MIKAIL ONG




GEORGETOWN: Polis menahan dua nelayan dan merampas ketulan mampat ganja seberat 573 kilogram (kg) dianggar bernilai RM1.43 juta dalam dua serbuan di Tanjung Bungah, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata serbuan dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut bersama JSJN Bukit Aman dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1.

Katanya, serbuan pertama dilakukan di sebuah pondok pada jam 1.40 pagi yang membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun.

"Menerusi serbuan itu, polis merampas lapan guni mengandungi 243 bungkusan ketulan mampat ganja seberat 246 kg.

"Susulan itu, serbuan kedua dilakukan kira-kira 15 minit kemudian dan seorang lagi lelaki warga tempatan berusia 58 tahun ditaha di atas bot kira-kira 600 meter dari pesisir pantai.

"Suspek cuba melarikan diri tetapi dapat ditahan bersama 11 guni mengandungi 321 bungkusan daun kering disyaki ganja seberat 327.342kg," katanya pada sidang media di sini, hari ini.



Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, bersama pegawainya menunjukkan ganja mampat seberat 573 kilogram (kg) bernilai RM1.43 juta yang dirampas di Tanjung Bunga, 22 Oktober lalu. - NSTP/MIKAIL ONG
Soffian berkata, siasatan mendapati sindiket yang mendapat bekalan dari negara jiran menggunakan laluan laut itu aktif sejak Julai lalu bagi edaran pasaran tempatan

Katanya, ujian saringan air kencing kedua-dua suspek negatif dadah dan masing-masing mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

"Hasil siasatan awal, suspek kedua mengakui semua dadah itu.

"Bot diserbu ketika suspek kedua cuba memindahkan ganja berkenaan dan cuba melarikan diri namun dapat dipintas oleh anggota PPM," katanya.

Beliau berkata, semua dadah dan sebuah bot berukuran kira-kira sembilan meter panjang bersama enjin 200 kuasa kuda disita, keseluruhannya bernilai RM1.523 juta.

Jika beredar dalam pasaran, katanya, dadah berkenaan boleh digunakan oleh 1.16 juta penagih.

"Suspek direman sehingga 28 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:04 AM GMT+8 , Processed in 1.231762 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list