CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 369|Reply: 0

[Pulau Pinang] Agihan kerusi PH selesai

[Copy link]
Post time 27-10-2022 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Agihan kerusi PH selesai



Oktober 27, 2022 @ 12:56am



Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - FAIL NSTP



BUKIT MERTAJAM: Pengagihan kerusi Parlimen dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) di seluruh negara bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selesai.

Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata rundingan berkaitan agihan kerusi dalam kalangan empat parti komponen utama PH iaitu PKR, DAP, AMANAH dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) selesi sepenuhnya.

Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR, bagaimanapun, berkata rundingan agihan kerusi dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) belum dimuktamadkan.

"Rundingan agihan kerusi untuk MUDA dan PSM akan dimuktamadkan Sabtu ini oleh pimpinan tertinggi selepas Jawatankuasa PH mengadakan perbincangan dengan dua parti itu Ahad lalu," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pusat Operasi PH Parlimen Bukit Mertajam, di sini, malam ini.

Pusat operasi itu dilancarkan Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng dan turut dihadiri Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang juga Ketua Menteri; Pengerusi AMANAH Pulau Pinang, Dr Roslan Ahmad; dan penyandang kerusi Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.

Saifuddin berkata, jika kerusi yang dituntut MUDA dan PSM bertembung dengan mana-mana kerusi empat komponen PH, perbincangan akan dibuat membabitkan antara dua parti itu dan parti komponen terbabit sahaja.

"Kita (parti komponen PH) akan cuba elak bertembung sesama kita (MUDA dan PSM) pada PRU15," katanya.

Sementara itu, beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu membayangkan akan mempertahankan kawasan itu pada PRU15.

"Saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan di mana saya bertanding," katanya.

Pada PRU14, Saifuddin menang kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu dengan majoriti 4,860 undi. – BERNAMA








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.112872 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list