View: 407|Reply: 0
|
[Kedah]
Sungai Anak Bukit melepasi tahap bahaya
[Copy link]
|
|

SUNGAI Anak Bukit di Taman Aman melebihi tahap bahaya menyebabkan rumah penduduk di kawasan itu dinaiki air. FOTO Zuliaty Zulkiffli
Alor Setar: Sungai Anak Bukit di Taman Aman, di sini, terus merekodkan bacaan melebihi paras bahaya hari ini manakala Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya sudah melebihi paras amaran.
Ketua Bahagian Sekretariat, Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, Sungai Anak Bukit di Taman Aman merekodkan bacaan aras air 2.88 meter (m) melebihi tahap bahaya manakala Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya di daerah ini merekodkan bacaan air 1.90 m melebihi tahap amaran setakat jam 7 pagi tadi.
Beliau berkata, enam sungai di negeri ini merekodkan melebihi paras waspada iaitu Sungai Sari di Kilang Gula Padang Terap iaitu 27.07 m, Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di Kubang Pasu (21.16 m) dan Sungai Janing di Padang Terap (27.04 m).
"Selain itu Sungai Pendang di Pekan Pendang merekodkan bacaan paras air 2.28 meter, Sungai Kerian di Rumah Pam Bandar Baharu (1.16 m) dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR merekodkan bacaan 1.48 m melebihi tahap waspada.
"Trend air sungai di semua kawasan berkenaan dalam keadaan menaik," katanya ketika dihubungi hari ini.
Muhammad Suhaimi menasihatkan penduduk yang tinggal berhampiran sungai supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan berpindah sekiranya paras air terus meningkat di kawasan kediaman mereka.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lepasi-tahap-bahaya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|