View: 621|Reply: 0
|
Mick Doohan bangga lihat anak di litar F1
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/jack-and-mick-doohan_1667004509.jpg)
Jack Doohan bersama bapanya. Mick. - Foto Alpine
MEXICO CITY: Pemandu Australia, Jack Doohan berkata dia sangat emosi selepas membuat penampilan pertama dalam sesi latihan Formula Satu (F1) di Mexico hari ini dengan bapanya yang juga penunggang legenda, Mick memerhatikannya di tepi litar.
Pemandu F2 berusia 19 tahun itu adalah sebahagian daripada akademi Alpine dan dilihat sebagai calon pemandu simpanan pasukan dimiliki Renault itu tahun depan selepas pemergian Oscar Piastri ke McLaren.
Katanya, dia tidak akan mengubah keadaan selepas 13 pusingan dengan catatan masa terpantas 1 minit 24.615 saat bersama jentera A522 yang akan digunakan Esteban Ocon di Litar Autodromo Hermanos Rodriguez.
"Ia adalah satu penghargaan dan juga sumpahan apabila bermula di tempat sukar tetapi saya boleh banyak belajar daripadanya, saya dapat banyak belajar," katanya.
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/Mexico_F1_GP_Autvvo_Racing_1667004506.jpg)
Penonton menyaksikan sesi latihan F1 Grand Prix Mexico di Litar Hermanos Rodriguez dekat Mexico City. - AP
"Saya mempersiapkan diri untuk cuba berada di paddok. Rasa gementar beraksi daripada Formula Dua ke F1 kurang dirasai kerana di situlah saya mahu berada," katanya.
Bapanya, Mick, juara lima kali kelas 500cc dunia, berkata dia gementar ketika menyaksikan anaknya itu bersama jentera.
"Ia adalah satu peluang besar. Inilah apa yang diidamkan pemandu muda, sama seperti seorang ayah yang melihatnya di sana... Sudah lama dia berada di litar go-kart, jadi ia saat yang menakjubkan," katanya kepada Sky Sports. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... at-anak-di-litar-f1 |
|
|
|
|
|
|
| |
|