CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 273|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kerajaan tak pernah beza pembangunan di negeri pembangkang: PM

[Copy link]
Post time 2-11-2022 06:39 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan tak pernah beza pembangunan di negeri pembangkang: PM

02 November 2022      06:17pm

Ismail Sabri menghadiri Majlis Perasmian Projek PPR Masjid Bandar Putra Bertam dan Kepala Batas Youth Centre (KBYC) pada Rabu. - Foto Bernama




KEPALA BATAS - Kerajaan Persekutuan tidak pernah membeza-bezakan pembangunan di negeri atau kawasan Dewan Undangan Negeri di bawah pembangkang demi kepentingan masyarakat kawasan itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, ia termasuk Pulau Pinang yang tidak pernah dipinggirkan kerajaan Persekutuan meskipun ia diterajui oleh pembangkang.

"Kalaulah begini ikhlasnya kerajaan Persekutuan, eloklah pilih kerajaan Persekutuan daripada (berbanding) parti pada 19 November ini,” kata beliau ketika merasmikan majlis pecah tanah projek Program Perumahan Rakyat (PPR), Masjid Bandar Putra Bertam dan Kepala Batas Youth Centre (KBYC) di sini pada Rabu.

Komitmen kerajaan juga, kata beliau, boleh dilihat dengan pengumuman tiga projek yang dirasmikan hari ini di DUN Pinang Tunggal, Pulau Pinang yang diterajui pembangkang.

Rakyat Malaysia akan memilih kerajaan baharu pada 19 November ini setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh itu bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), penamaan calon pada 5 November dan pengundian awal pada 15 November. - Bernama





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.038179 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list