CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 302|Reply: 0

[Pulau Pinang] MAINPP larang calon sampaikan khutbah Jumaat

[Copy link]
Post time 4-11-2022 12:03 PM | Show all posts |Read mode
MAINPP larang calon sampaikan khutbah Jumaat

oleh   MOHD ISKANDAR OTHMAN  04 November 2022   12:57am

Ahmad Zakiyuddin




KEPALA BATAS - Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) tidak membenarkan mana-mana calon dari parti politik untuk menyampaikan khutbah Jumaat di semua masjid di negeri ini sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Yang Dipertuanya, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman berkata, semua masjid di negeri ini harus mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah dibuat melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP).

Tegasnya, khutbah Jumaat seharusnya disampaikan oleh khatib yang telah dilantik dan mengunakan teks disediakan JHEAINPP.

"Kita tak menggalakkan individu-individu dari luar atau dari mana-mana parti politik untuk menyampaikan khutbah terutamanya dalam musim kempen PRU15 ini.

"Kita bimbang ada di kalangan mereka (khatib) yang 'naik sheikh' kerana terpengaruh dengan keadaan yang berlaku dibawa di luar masjid hingga terbawa-bawa ke atas mimbar," katanya ketika ditemui media selepas melancarkan Bulan Zakat Negeri Pulau Pinang 2022 di Masjid Daerah Seberang Perai Utara di sini pada Khamis.

Ahmad Zakiyuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permohonan dari parti politik kepada JHEAINPP untuk membenarkan calon yang bertanding pada PRU15 menyampaikan khutbah Jumaat di negeri ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zakiyuddin yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berkata, peringatan sama turut diberikan kepada pentadbir-pentadbir masjid agar memastikan aktiviti kuliah serta ceramah di masjid mesti dielakkan sebarang unsur politik yang boleh mencemar dan mencetuskan suasana tidak harmoni.

"Sama juga dengan kuliah agama serta ceramah ada peraturan-peraturan yang digariskan dan setiap pentadbiran masjid perlu ikut dengan semua yang telah ditetapkan.




"Ingin saya ingatkan dalam enakmen kita serta kaedah-kaedan dan peraturan, ada kesalahan berkenaan, jadi ketidakpatuhan dalam penyampaian khutbah, ceramah serta kuliah ini boleh dikenakan denda yang tertentu bersabit dengan kesalahan berikut," katanya.

Sementara itu, beliau turut memberi amaran kepada mana-mana parti politik supaya tidak memasang bendera, kain rentang dan poster di pagar atau dalam kawasan masjid kerana ia adalah satu kesalahan.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.261952 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list