CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 287|Reply: 0

[Pulau Pinang] Perkukuh kerjasama agensi Persekutuan, negeri tambah pelaburan

[Copy link]
Post time 4-11-2022 02:04 PM | Show all posts |Read mode
Perkukuh kerjasama agensi Persekutuan, negeri tambah pelaburan

oleh     SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI     04 November 2022      01:30pm

Chow Kon Yeow




GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang akan memperkukuhkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan Persekutuan dan negeri dalam perancangan untuk menambah pelaburan baharu bagi tahun 2022 dan 2023.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri akan terus memperkukuh kerjasama dan sinergi dengan agensi-agensi kerajaan Persekutuan seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDeC) dan Talent Corp.

Menurutnya, lawatan dan mesyuarat dengan pihak pentadbiran tertinggi agensi-agensi tersebut telah diadakan bagi meningkatkan usaha sama promosi pelaburan dan pembangunan sumber manusia untuk Pulau Pinang.

"Ini termasuk perkongsian sumber-sumber dan maklumat perisikan mengenai bakal pelabur yang disasarkan, kemudahan pasca pelaburan menjadikan Pulau Pinang sebagai magnet untuk menarik bakat dari negeri lain dan sebagainya.

"Selain itu, kerajaan negeri melalui InvestPenang telah mengadakan pertemuan dengan pihak pentadbiran tertinggi jabatan dan agensi kerajaan di peringkat negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ke-14 pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lanchang, Datuk Mustafa Kamal Ahmad mengenai perancangan kerajaan negeri untuk menambah pelaburan pada 2022 dan 2023.

Kon Yeow (DAP-Padang Kota) berkata, kerajaan negeri juga mempromosi pelaburan yang mensasarkan pelabur baharu di luar negara.

"Untuk tahun ini, dengan pembukaan semula sempadan negara dan pengurangan kes Covid-19, kerajaan negeri melalui InvestPenang telah pun menganjurkan misi pelaburan ke Singapura pada Oktober lalu dan sedang merancang untuk menganjurkan misi-misi promosi pelaburan ke Amerika Syarikat, Taiwan dan Eropah pada suku keempat 2022 serta pada awal tahun 2023.





"Misi-misi ini akan diteruskan untuk memastikan Pulau Pinang sentiasa aktif dan kekal dinamik dalam aktiviti promosi pelaburan serta mengadakan pertemuan secara bersemuka dengan pelabur-pelabur," jelasnya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga telah membangunkan taman-taman perindustrian baharu bertaraf antarabangsa serta menaiktaraf bangunan Global Business Services (GBS) melibatkan pejabat sedia ada dan pembangunan pejabat baharu.

"Kerajaan Negeri melalui InvestPenang juga telah melancarkan pembentukan Penang GBS Focus Group yang merupakan inisiatif kumpulan industri melalui InvestPenang untuk mewujudkan kumpulan khas bagi membolehkan pelbagai pihak berkepentingan memiliki platform untuk berkongsi maklumat, idea dan kebimbangan berkaitan dengan industri ekonomi digital.

"Sehingga kini, pelbagai program telah dianjurkan bagi mempromosikan industri ekonomi digital di Pulau Pinang. Kita juga mempromosikan program ulang tahun ke-50 perjalanan transformasi perindustrian Pulau Pinang," katanya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.042882 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list