CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 0

[Pulau Pinang] Projek tebus guna tanah tambah simpanan tanah di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 4-11-2022 06:03 PM | Show all posts |Read mode
Projek tebus guna tanah tambah simpanan tanah di Pulau Pinang

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI   04 November 2022    01:58pm






Jagdeep





GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang sedang berusaha untuk menambah simpanan tanah bagi tujuan pembangunan melalui projek tebus guna tanah di negeri ini.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo berkata, Pulau Pinang mempunyai jumlah keluasan tanah 1,409 kilometer persegi iaitu bersamaan dengan 140,900 hektar.

Menurutnya, kerajaan negeri sedang berusaha untuk menambah simpanan tanah melalui projek tebus guna tanah namun kaedah itu dilihat akan mempunyai kekangan bagi tempoh jangka masa panjang selain kosnya yang sangat tinggi.

"Selain kos dan jangka masa panjang, ia juga dilihat tidak praktikal bagi tujuan pembangunan rumah mampu milik. Kekangan tanah bagi pembangunan perumahan merupakan salah satu faktor yang mendorong kepada inisiatif kerajaan negeri dalam mengorak langkah alternatif bagi penyelesaian isu ini.

"Jadi, antara kaedah lain yang dirasakan sesuai bagi pembangunan perumahan terutamanya pada masa hadapan adalah dengan pembaharuan semula bandar (URC). Garis Panduan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri bagi membantu agensi untuk pelaksanaan projek-projek URC ini," katanya pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ke-14 pada Jumaat.

Jagdeep (DAP-Datuk Keramat) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Gooi Zi Sen (DAP-Pengkalan Kota) berhubung cadangan kerajaan negeri untuk memperluaskan Skim Pembaharuan Semula Bandar ke mana-mana kawasan perumahan yang lain.

Beliau berkata, kerajaan negeri sememangnya mempunyai cadangan untuk memperluaskan skim pembaharuan semula bandar ke kawasan-kawasan lain terutamanya di perumahan-perumahan lama yang sudah usang dan tidak sesuai untuk didiami.




"Ia diambil kira berdasarkan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 di bawah Langkah 2.1.1.6: Pelaksanaan Program Pembaharuan Semula Bandar (Urban Renewal) di kawasan perumahan usang yang dikenal pasti dengan mengambil kira kebajikan semua penduduk yang terlibat.

"Ia juga selari dengan Visi Penang 2030 di bawah terma A iaitu meningkatkan daya huni dan menambah baik kualiti kehidupan. Kajian-kajian awal akan dilaksanakan dari masa ke masa untuk mengenal pasti skim-skim perumahan lama yang dirasakan berpotensi untuk dilaksanakan," jelas beliau.

Persidangan DUN ditangguh dan akan bersambung pada 21 November ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.121705 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list