CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 287|Reply: 0

[Pulau Pinang] Misi buktikan golongan muda matang berpolitik

[Copy link]
Post time 6-11-2022 12:22 AM | Show all posts |Read mode
Misi buktikan golongan muda matang berpolitik

Oleh Nur Izzati Mohamad - November 6, 2022 @ 12:01am   [email protected]




Wakil MUDA dalam PRU15 iaitu (dari kiri) Lim Wei Jiet di Parlimen Tanjung Piai, Siti Rahayu Baharin (Tanjung Karang) dan Muhammad Danial Abdul Majeed di Kepala Batas. NSTP/Hana Naz Harun




KEPALA BATAS: Calon MUDA yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam saingan bagi kerusi Parlimen Kepala Batas, bertekad membuktikan kecaman segelintir pihak bahawa orang muda lemah dan tidak matang dalam politik adalah tidak benar.

Muhammad Danial Abdul Majeed, 26, tidak gentar untuk berhadapan dengan semua calon, walaupun menjadi yang termuda bertanding untuk kerusi parlimen berkenaan, bahkan akan memberi tentangan sengit.

"Bagi sesetengah orang, calon muda ini dikatakan calon lemah, tidak matang dalam politik dan pelbagai lagi kecaman dilemparkan tetapi bagi saya ini adalah masa untuk mengangkat suara anak muda ke Parlimen.

"Contohnya di United Kingdom (UK) mengangkat anak muda menjadi menteri sedangkan Malaysia, kita nampak agak ketinggalan dalam soal ini yang kita perlu adakan perubahan," katanya selepas selesai proses penamaan calon di Insitut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, di sini, hari ini.

Muhammad Danial berkata, setiap calon yang bertanding semestinya mempunyai aspirasi masing-masing dengan berhasrat memberikan yang terbaik untuk rakyat di kawasan itu.

"Saya juga begitu (mahu berikan yang terbaik) dan dalam agenda menolak pemimpin yang terbabit dalam kes rasuah," katanya.

Parlimen Kepala Batas menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN ), MUDA dan Pejuang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon BN diwakili Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican manakala Dr Siti Mastura Muhammad (PN) dan Hamidi Abu Hassan (Pejuang).

Kesemua calon berpuas hati dengan proses penamaan yang berlangsung apabila ia berjalan lancar tanpa ada sebarang provokasi dari mana-mana parti.

Dalam PRU14 lalu, BN menang kerusi Parlimen Kepala Batas melalui Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang memperoleh majoriti 4,736 undi.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.783044 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list