CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54494|Reply: 199

BANJIR 2010 DI KEDAH & PERLIS

[Copy link]
Post time 2-11-2010 09:05 AM | Show all posts |Read mode
aku di perantauan...tgk dr jauh saja la bah kali ni..last bah 2005 pun duk KL gak...
harap semuanya selamat..tak ada kematian ka apa....
payah kalau bah ni...dah la nak dekat raya korban ni

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2010 09:09 AM | Show all posts
dari utusan hari ni

Penduduk Perlis diminta berjaga-jaga


Sebahagian kenderaan terpaksa meredah banjir walaupun berhadapan risiko kereta rosak di kilometer 10 Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke Bukit Kayu Hitam, Changloon, Kedah, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



KANGAR 1 Nov. - Penduduk Perlis diminta berjaga-jaga dengan kemungkinan banjir lebih buruk akan melanda negeri ini berikutan hujan lebat yang berterusan sejak Sabtu lalu sehingga ke hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Pertumbuhan Bandar Baru negeri, Dr. Por Choo Chor berkata, keadaan bencana alam itu dijangka bertambah serius berikutan pelepasan air melalui enam pintu Empangan Timah Tasoh petang ini.

"Kita menjangkakan keadaan lebih teruk malam nanti setelah empangan dibuka dan jika hujan berterusan lagi hari ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Choo Chor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan memberitahu, sehingga tengah hari ini paras air di Sungai Perlis yang terletak dalam pekan Kangar mulai melimpah ke tebing sungai.

Katanya, beberapa kawasan rendah di daerah ini sudah mula dinaiki air termasuk di Kampung Bakau di sini.

Dalam lawatannya ke kawasan berkenaan mendapati, beberapa rumah sudah dinaiki air namun begitu belum ada mangsa yang dipindahkan.

Menurut beliau, dua buah pusat pemindahan banjir telah dibuka di kawasan berkenaan iaitu di surau Kampung Bakau dan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sena di sini.

Dalam pada itu beliau berkata, MCA turut menubuhkan Skuad Menyelamat Krisis bagi membantu operasi pemindahan mangsa-mangsa banjir.

"Skuad ini akan membantu mangsa banjir termasuk memindahkan barang mereka ke tempat yang selamat," ujarnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2010 09:10 AM | Show all posts
11 sekolah ditutup hari ini
KANGAR 1 Nov. - Sebelas buah sekolah di Perlis ditutup berikutan banjir yang melanda negeri ini. Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat berkata, tujuh sekolah rendah dan empat sekolah menengah yang terletak di sekitar kawasan Parlimen Padang Besar dan Arau itu ditutup kerana paras air yang semakin meningkat.

Tujuh sekolah rendah yang terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Panggas, SK Bukit Keteri, SK Arau, SK Padang Melangit, SK Santan, SK Tengku Budriah dan SJK(C) Hua Aik, katanya kepada Bernama di sini, malam ini.

Empat sekolah menengah yang turut ditutup ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Arau, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Sheikh Ahmad, SMK Arau dan Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Madrasah Al-Alawiyah Addiniah, Arau.

Mansor berkata, kesemua sekolah terbabit hanya akan ditutup esok dan keputusan sama ada tempoh penutupan itu akan dilanjutkan bergantung kepada keadaan banjir.

"Pada masa ini kami hanya buat keputusan untuk menutup sekolah-sekolah itu esok," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jumlah pelajar dan guru yang terbabit dengan penutupan sekolah itu.

Sebanyak tujuh buah sekolah telah dijadikan pusat pemindahan banjir termasuk SK Titi Tinggi, SMK Datuk Jaafar Hassan dan SK Batu Bertangkup.

Hujan yang berlaku sejak lebih 24 jam lalu berlarutan sehingga malam ini dan pasukan penyelamat melakukan rondaan bagi tugas menyelamat di kawasan-kawasan terbabit.

Setakat ini, lebih 1,000 penduduk telah dipindahkan ke 12 buah pusat pemindahan banjir. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2010 09:11 AM | Show all posts
Nenek terkejut rumah dinaiki air hingga ke paras lutut


Jamaliah Nayan mengangkat beras yang terendam dalam banjir di rumahnya di Kampung Lahar, Malau, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



KUBANG PASU 1 Nov. - Seorang nenek terkejut apabila mendapati rumahnya di Kampung Lahar, Malau di sini dinaiki air hingga ke paras lutut sebaik sahaja pulang daripada mengutip susu getah pagi ini.

Jamaliah Nayan, 72, berkata, dia keluar kira-kira pukul 7 pagi ke kebun getah yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

"Memang hujan tidak berhenti-henti sejak semalam tetapi saya perlu mengutip getah bagi mengelak ia rosak.

"Kira-kira pukul 9 pagi, jiran datang ke kebun getah dan memberitahu kampung kami dilanda banjir dan rumah saya telah dinaiki air," katanya di sini.

Menurutnya, dia bergegas pulang ke rumahnya kerana bimbangkan keselamatan cucunya, Zulfahmi Ismail, 17, yang tinggal seorang diri di rumah.

"Cucu saya patah kaki kiri kerana terlibat dalam kemalangan bulan lalu dan nasib baik penduduk kampung membantu dia untuk menyelamatkan diri.

"Sekarang kami berdua tinggal di tingkat atas rumah sementara menunggu air banjir surut," katanya.

Menurutnya, barang-barang keperluan seperti beras, gula, tepung dan sebagainya juga habis basah kerana banjir.

"Saya sedih kerana beras ini saya baru dapat daripada orang kampung semalam namun tidak sempat digunakan kerana terkena air banjir," ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Kampung Lahar, Ahmad Ishak, 53, berkata, sehingga kini tiada penduduk kampung tersebut dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

"Air mula naik di Kampung Lubuk Ipoh pada pukul 4 pagi tadi dan kira-kira pukul 8 pagi baru air mula naik di kawasan kampung ini serta kampung-kampung berhampiran seperti Kampung Lubok Ipoh dan Kampung Perupok.

"Kawasan ini memang selalu dinaiki air namun kali ini ia berlaku begitu pantas," jelasnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2010 09:13 AM | Show all posts
Kosmo online

Kedah, Perlis mula dilanda banjir


TIGA kanak-kanak mengharungi air banjir yang melanda jalan
Kampung Lahar, Malau, Jitra semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


ALOR SETAR - Kedah dan Perlis mula dilanda banjir ekoran hujan lebat berterusan sejak kelmarin.

Ekoran itu, lebih 3,000 mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir di dua negeri terbabit ekoran rumah masing-masing dinaiki air sedalam lebih satu meter.

Di Kedah, empat daerah dinaiki air iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena dan Kota Setar di mana lebih 2,000 penduduk dipindahkan dan beberapa jalan raya ditutup.

Di Padang Terap, 1,449 penduduk daripada 385 keluarga di 18 buah kampung dipindahkan.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir, Nurul Aziati Ahmad Salmi memberitahu, mangsa dipindahkan pada pukul 7 pagi dan antara kampung terlibat ialah Mani A, Mani B, Mani C, Tanjung, Labi, Kuala Janing, Felcra Tualak, Bendang Raja dan Padang Sanai.

Katanya, pusat-pusat pemindahan dibuka di dewan Kampung Mani A, surau Kampung Mani B dan Mani C, dewan Felcra Tualak, dewan Kampung Padang Sanai, bangunan Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan, masjid Kampung Labi, masjid Kampung Tanjung dan Bendang Raja.

Tambahnya, bacaan paras air Sungai Kuala Nerang melepasi paras bahaya iaitu 19.81 meter (m) berbanding paras bahaya 17.07m manakala tiga lagi sungai berada pada paras berjaga-jaga iaitu Sungai Padang Sanai, Sungai Kubu dan Sungai Naka.

Di Kubang Pasu, 491 orang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan iaitu Sekolah Menengah Changlun, Sekolah Kebangsaan Malau dan Changkat Setoi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2010 09:14 AM | Show all posts
huhu...sapa2 yg kena bah ni share la kat sini....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2010 09:22 AM | Show all posts
cind kg yu banjir x?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 09:29 AM | Show all posts
area perlis byk banjir...ada yg paras pinggang ...ada paras lutut...ada bulu lali ada sampai pagar ikut kwsan....ada tempatyg x kena tp laluan semua terttp...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2010 09:58 AM | Show all posts
cind kg yu banjir x?
masuco Post at 2-11-2010 09:22



    semalam ckp phone dgn kakak..x ada lak dia mentioned kena bah..rasanya tak...thn 2005 alhamdullilah kwsn kpg cin x kena...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2010 09:59 AM | Show all posts
area perlis byk banjir...ada yg paras pinggang ...ada paras lutut...ada bulu lali ada sampai pagar i ...
izy Post at 2-11-2010 09:29



    rumah izy kena ka?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 10:10 AM | Show all posts
semalam ckp phone dgn kakak..x ada lak dia mentioned kena bah..rasanya tak...thn 2005 alha ...
MsCinderella Post at 2-11-2010 09:58

letih khen...layan banjir..
habis 1 kg berlumpur
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 11:16 AM | Show all posts
dengaq kata konvo uum kena tunda....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 11:21 AM | Show all posts

aku amik dari dato mokhzani tweeter

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 12:50 PM | Show all posts
aku kat perantaun juga...KL...tgk adik aku antar email gambar2 cilok dlm facebook kwn2 dia..
umah aku kena...air paras dada...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2010 01:38 PM | Show all posts
Reply 14# arenis


    tempek gambaq sini....
payah nak cuci nnt...letih nyer...
brg pun mesti ada byk rosak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2010 01:39 PM | Show all posts
cuaca kat kedah/perlis mcm mana hr ni? masih hujan lagi ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2010 01:39 PM | Show all posts
dengaq kata konvo uum kena tunda....
patt_sue Post at 2-11-2010 11:16



    bc paper tu tadi..byk parents tersangkut..jalan banyak tutup....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2010 01:40 PM | Show all posts
letih khen...layan banjir..
habis 1 kg berlumpur
masuco Post at 2-11-2010 10:10



    cr la maid..time ni nak ambik untung busines maid..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 01:46 PM | Show all posts
Reply 16# MsCinderella

ALhamdulillah..ujan dah stop..tp dgr2 dari kawan2 kat perlis...air masih naik sbb depa buka empangan...hurmm...dugaan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 02:02 PM | Show all posts
Reply  MsCinderella

ALhamdulillah..ujan dah stop..tp dgr2 dari kawan2 kat perlis...air masih nai ...
azin Post at 2-11-2010 13:46


bc paper utusan...

la ni dh 6 pintu depa buka...mmg depa akan buka lagi sbb takut empangan pecah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.171311 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list