View: 63906|Reply: 317
|
Benar - Rumah Nenekku - Kejadian 8 di page # 11 update 13/01/11
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by rayyanrafael at 13-1-2011 16:44
Rumah nenekku dikampung sekarang ni sudahpun berusia lebih dari 40 tahun, tapi masih berdiri kukuh sebab dibina dengan menggunakan kayu cengal sepenuhnya. Mempunyai 5 bilik dan dua ruang tamu. Pada mulanya, nenekku yang mempunyai 16 anak (6 hidup dan 10 meninggal masa dilahirkan - semoga nenekku tergolong dalam orang-orang yang sabar) cukup meriah bila tinggal ramai-ramai disitu. Salah satu bilik, arwah datukku jadikan sebagai surau untuk mereka sekeluarga solat jemaah bersama. Hari berganti hari, selepas arwah atukku meninggal dan kesemua keenam-enam anaknya telah membina hidup sendiri dan merantau, maka tinggallah nenekku keseorangan.
Semasa aku berumur 15 tahun, aku telah ditukarkan sekolah untuk bersekolah dikampung untuk menemani nenekku yang tinggal sendirian. Oleh kerana rumah nenekku ada 5 bilik kosong, dan nenekku lebih suka tidur diruang tamu sahaja, jadi aku memilih bilik yang dahulunya menjadi surau keluarga. (konon-kononya lebih selamat dari ganguanla). Sebab dulu, pakcik yang pernah tidur dibilik utama, pernah rasakan dia dicekik oleh satu lembaga sehinggakan jika isterinya tidak masuk bilik, dia x akan masuk.
Pada minggu pertama aku dibilik tersebut, tiada apa-apa pun yang terjadi. Semuanya normal. Cuma setiap pagi, oleh kerana aku liat bangun untuk solat subuh, neneku menggunakan rotan untuk sebat tapak kakiku supaya bangun.(padan muka aku ) Tetap bila masuk minggu kedua, tanda-tanda telah mula mendatang. Pada suatu malam, ketika aku leka membaca komik Pendekar Laut sambil mendengar radio, tiba tiba aku tertidur. Tidak lama kemudian, ada orang kejutkan aku dengan cara menggongcangkan tubuhku. Aku tersedar, dan bertanya kenapa, "dia" jawab 'Kalau nak tidurpun, jangan lupa tutup radio dan lampu. Membazir'. Aku yang dalam keadaan mamai ni pun bangun tutup radio dan ketika hendak tutup lampu, aku terpandang anak kunci di pintu. Baru aku sedar dan teringat yang aku telah mengunci pintu dari dalam.
Terus tangan aku mengeletar dan lututku menggigil ketakutan. Aku buka pintu dan dari luar aku tutup suis lampu dan terus tidur disebelah nenekku. Sebelum tidur aku lihat nenekku tersenyum sinis padaku, dan mataku terus membayangkan siapa yang mengejutkan aku. Bila diingatkan balik, aku baru perasan yang datang kejutkan aku memakai baju dan kain sepertiku dan mukanya adalah seiras-iras aku sendiri. Keesokkanya aku menceritakan kejadian tersebut pada nenekku. Nenekku dengan tersenyum berkata yang dahulunya semasa arwah atukku masih hidup, bilik tersebut dijadikan surau. Selain keluarga, mungkin ada makhluk lain yang tumpang solat. Nenek aku cakap, aku tidur tidak tutup lampu dan memasang radio. Mungkin akan mengganggu makhluk tu nak bersolat. Tambah nenekku lagi masa aku kuar bilik semalam, sudah dekat pukul 5.30 pagi. Dia nampak aku keluar bilik. Selepas aku matikan lampu bilik, dia ada nampak lembaga lelaki dan perempuan berpakaian seperti hendak bersolat. Itu yang dia tersenyum sinis padaku semalam.
p/s :~ bersambung |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lagi lagi lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
lagi lagi lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Kejadian kedua pula berlaku apabila adikku dari bandar pulang beraya. Malam tu adalah malam ke 3 hari raya. Adikku menumpang tidur dibilikku. Selepas berborak bersama keluarga, dalam pukul lebihkurang 11 malam, aku bersama adikku terus kebilik. Adikku sambung berborak dengan telefon dan aku terus tidur disebelahnya.
Baru sahaja aku letak kepala ku di atas bantal, tiba-tiba aku terasa macam sudah dibius. Semua tak dapat bergerak ada mata yang teramat mengantuk. Aku terasa ada sesuatu menindih badanku. Aku cub membuka mata melihat benda tersebut. Bila aku buka mata sahaja aku ternampak satu makhluk yang berwajah seakan-akan khinzir betul-betul didepan mukaku. Aku terus menatap matanyanya tapi makhluk tersebut. Aku cuba meronta-ronta dengan kuat dan membaca ayat-ayat kursi sambil azan. Setelah lama meronta untuk melepaskan diri, tapi masih tak berjaya. Aku terbebas dari "serangan" itu apabila adikku yang duduk berborak dalam telefon disebelahku menyentuh tanganku untuk bertanyakan kenapa aku meronta bagaikan diikat. Aku tidak menjawab dan terus sambung tidur. Yang peliknya, adikku disebelah tidak pula nampak makhlu tersebut.
Pada waktu sebelum subuh, sekali lagi aku terkena "serangan" tersebut. Sekali lagi aku ditindih oleh sesuatu dari rontaan dan desiran yang keluar daripada aku cukup untuk didengari oleh ayahku. Ayahku mengejutkan aku dan bertanya kenapa. Aku lihat adikku sudah tiada disebelah. Pergi tidur dengan nenekku diluar. Keesokkannya aku bertanya kepadanya kenapa tidur diluar. Adikku kata, masa dia nak terlelap, dia rasa ada sesuatau yan datang dekat kami. Dia buka mata dan melihat ada sesuatu bergayut pada hujung dinding dibilik kami sedang merenung matanya. Setelah lebih kurang 10 menit bertentang mata, benda tersebut melompat kearah katil kami dan tiba-tiba membesar senggakan hanyalah tulang keringnya sahaja yang nampak dari bilik kami. Bahagian badan lain, keluar menembusi atap rumah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lagi lagi lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi....hehehe...syok baca kisah TT nie |
|
|
|
|
|
|
|
kejadian yg kedua tuh pun kat bilik yg dibuat surau tu ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 7# seeri_7843
Bukan dah. Selepas kejadian pertama, saya dah tukar bilik sebab banyak kejadian berlaku. Antaranya bila tersedar sahaja saya sudah berada ditepi dinding, bukan diatas katil seprti pada mula-mula tidur. Mungkin kerana katil berada pada sudut bilik yang betul-betul mengadap kiblat. Jadi mengganggu dan menghalang makhluk yang hendak bersolat. Untuk rekod, dikampungku ada dua jalan masuk dari jalan besar. Dan kedua-duanya mesti melalui tepi kawasan kubur. Dan rumah nenekku betul-betul berada ditengah antara dua kubur tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
syabas TT
kalau cerita macam ni kan senang
detail dan takde guna ayat shortcut org pun tak komplen mod pun dgn senang hati beri kredit |
|
|
|
|
|
|
|
bestnye citer TT.... mmg menarik. thanks! ade lg? tepekla sinih.... hehhehe |
|
|
|
|
|
|
|
tenang baca ayat tt, perenggan bagus,bahasa senang faham,dan yang paling penting bukan ayat sms. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply seeri_7843
Bukan dah. Selepas kejadian pertama, saya dah tukar bilik sebab banyak k ...
rayyanrafael Post at 2-11-2010 11:56
ye lah kan
sbb TT pon kata nenek tidor kat ruang tamu
jadi bilik2 yg byk tu mmg jarang digunakan
jadi tak mustahil lah ade mahkluk yg dtg menjengah
pape pon....teruskan bercerita
best apa baca TT punya cerita |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# sepaileman
Betul tu mod. TT punya cerita seram ni sangat senang di baca dan di fahami kerna ayat2nya yang ikut ejaan. Ceritalah lagi TT. Saya sukakan cerita kamu. |
|
|
|
|
|
|
|
nak lg nak lg..... |
|
|
|
|
|
|
|
wah... menariknya cerita ...
TT sambung lg k.... |
|
|
|
|
|
|
|
best |
|
|
|
|
|
|
|
meriah rumah nenek rayyan... macam2 ada
rumah nenek sy ada jin 44 ekor aje... |
|
|
|
|
|
|
| |
|