CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 37791|Reply: 25

Zaki Yamani bangga beli Merc RM300K, beli kereta mahal nak jaga imej

[Copy link]
Post time 31-1-2025 03:33 PM | Show all posts |Read mode
Dalam usia muda, penyanyi Zaki Yamani meluahkan rasa bangga apabila berjaya memiliki sebuah kereta jenis Mercedes-Benz AMG A Class hasil titik peluh sendiri.

Bagaimanapun bagi Zaki atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 19, ia bukanlah alasan untuk mendabik dada sebaliknya ia ada tanggungjawab lebih besar menantinya.



"Semestinya saya gembira dan bangga dengan diri sendiri kerana dapat beli kereta ini. Tapi kena fikir juga tanggungjawab lebih besar selepas ini, perlulah kerja keras lagi.

"Syukur dengan apa yang saya miliki sekarang ini. Semuanya hasil titik peluh sendiri. Saya bayar guna duit hasil kerja selama ini," katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Zaki dia sudah lama mengidamkan kereta berkenaan dan proses untuk membeli sudah dibuat sejak Oktober tahun lalu.

Dianggarkan Mercedes-Benz AMG A Class berharga sekitar RM300,000.

  


Tambahnya dengan pemilikan ini juga dapat memberi satu imej baharu buat dirinya sebagai seorang penyanyi muda.

"Saya anggap ini sebagai satu pelaburan. Insya-Allah jika ada rezeki di masa akan datang saya boleh tambah kereta lain juga. Bagi saya ini juga melambangkan imej pencapaian di usia muda.

"Saya memang idamkan kereta ini kerana tertarik dengan rekaan lampu hadapan selain hiasan dalaman. Sudah lama rancang nak beli, cuma baru dapat disebabkan beberapa halangan sebelum ini," ujarnya.

Bercakap tentang perkembangan kerjaya, Zaki melancarkan tiga buat lagu baharu sejak Disember lalu iaitu Jalan Kembali, Your Habibi dan Sengketa.

  


Lebih istimewa lagu semua karya ini adalah hasil ciptaannya sendiri untuk mengetengahkan bakat sebagai komposer dan bukan sekadar penyanyi.

"Sekarang saya tidak terikat dengan mana-mana label, jadi lebih bebas untuk hasilkan lagu sendiri. Ini adalah masa sesuai untuk saya tunjukkan bakat selain menyanyi.

"Saya juga hasilkan lagu mengikut citarasa sendiri. Susah nak dapatkan dari komposer lain yang kena dengan selera saya," jelasnya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2025 03:39 PM | Show all posts
Typical                                 
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 03:42 PM | Show all posts
So, inilah umat Malaysia.
Kejayaan = kereta or rumah besar2.
pelaburan jadahnye dengan kete tu?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 03:44 PM | Show all posts
kereta bukan pelaburan tapi liabiliti, dik
tak pernah lagi harga jual kereta lebih tinggi dari harga beli
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye la.. tahun lepas nak bayar yuran masuk uni swasta kan.. yang apaknya nak bayarkan tapi dipandang sendu.. baguslah usaha sendiri dek.. harap baik2 hubungan ngan apaknya ittew..

Btw heols ni cute jugak eh @Kurex
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 04:35 PM | Show all posts
maaf cakap la ya, mana mana artis yg duk bangga beli kete mahal muda mudi ini, selalu ending sedih di hari raya lg beberapa tahun. artis bijak beli rumah, pakai kete biasa dan masuk pelaburan dipercayai mcm asb tu. rumah is pelaburan but kete obviously not.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2025 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpernah dgr lagu apakan suara beliau, tp manehh muka budak ni, hesmes. Kereta nilai susut dik jgn la bg alasan as pelaburan, ckp je nak show off mmpu beli keta mes
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapalah ko punya penasihat ni dek huh lepas tu nak makan emua ko jimat2 huh typical sgttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2025 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnt ko langgar lubang tayar pecah, sediakan 3k plus tukar tayar 2 bijik okeh? Duit insurans sediakan siap2… waktu servis, x main ratus2 unless ko hantar bengkel biasa. Tp ko nk jaga standard kan, kena laa hantor kat mercedes service centre. Boleh berlagak kaya dik.. ko boleh order capuccino, pastries, nasik lemak nnt org hantarkan sambil2 tunggu keta siap...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh buka account lhdn dh ke dik ? Jgn lupa byr tax plak ... Dok show off beli kereta sure income lebat kan
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ermm budak ni baik ko sambung belajor tanpa amik sebarang pinjaman

Tapi lantak laa bukan anak aku yg perlu aku risau kan
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
zasrfikri replied at 31-1-2025 03:35 PM
maaf cakap la ya, mana mana artis yg duk bangga beli kete mahal muda mudi ini, selalu ending sedih d ...

Terus teringat si QiemKepamPropa. Lama betul xde kisah dia. Sendu menyendu tenggelam mana
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
sharp jaw line...kiut budak nimm
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Hartanah ya pelaburan. Kereta liabiliti. Tapi kalau sebab keinginan dan utk show off lantak ko la dik. Untung la suara ada, rupa pun jambu. Separuh gen ko tu dari bapak jugak so udah2 la merajuk dgn org tua tu. Kang ditambahnya anak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel budaknya. Jambu2 gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada duit on ja adik oi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2025 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka dia copy paste Babah dia masa muda...
Pandai2 la zaki..duit hang ikut hang la
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 11:22 PM | Show all posts
iols rela heols spend duit beli kereta daripada beli dadih....
asalkan tau jaga kewangan sendiri udah yach...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Hensem budak ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Helok mukanya. Tp jenis muka gini susah nk market. Jadi hero2 megah holding. Ni paling2 kalau jd pelakon pun jadi budak sekolah semata
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.066166 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list