CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 0

[Kedah] Pengunjung kini boleh berkelah sepanjang malam di Pantai Chenang

[Copy link]
Post time 12-12-2022 11:47 AM | Show all posts |Read mode

Pantai Chenang kini dipasang lampu limpah untuk perkelahan waktu malam.

LANGKAWI: Pelancong yang bercuti di pulau ini, kini boleh berkelah sepanjang malam di Pantai Chenang dekat sini, susulan pemasangan lampu limpah di situ.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP), Tunku Iskandar Shah Tunku Muszaffar Shah, berkata projek pemasangan lampu limpah itu dimulakan sejak lima bulan lalu.

"Kita memasang 10 lampu limpah di Pantai Chenang dengan peruntukan RM250,000 sebagai usaha menghidupkan kawasan itu waktu malam.

"Kini pelancong atau penduduk tempatan boleh berkelah atau melakukan aktiviti riadah di kawasan itu sepanjang malam," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Gotong-Royong di Taman Indah di sini, hari ini.

Program gotong-royong itu disertai 300 kakitangan MPLBP, agensi pelancongan, hotel dan resort serta ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar Langkawi.

Mengulas mengenai gotong-royong itu, Tunku Iskandar Shah berkata, kutipan sampah dan sisa makanan di sekitar pulau pelancongan ini mencecah 150 tan sebulan.

"Purata sampah yang dikutip adalah lima tan sehari dan sentiasa meningkat susulan kemasukan pelancong pada musim cuti, selain penambahan projek pembangunan.

"Jadi, untuk penyelesaian jangka pendek kita menganjurkan program gotong-royong selama lima hari berakhir Khamis ini membabitkan lima kawasan terpilih," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... m-di-pantai-chenang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.075576 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list