CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2429|Reply: 0

Info Lengkap Tentang Air Mani Lelaki, Juga 5 Langkah Agar Sperma Sihat!

[Copy link]
Post time 29-12-2022 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 01/04/2022 

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Sebenanrya, apa perkara yang kita perlu tahu tentang air mani lelaki? Jom baca artikel ini!

Dari manakah air mani lelaki terhasil?

Sperma terhasil daripada testikel dan terdiri daripada 2-5 peratus keseluruhan kandungan air mani.

Terdapat sekitar 20 – 100 juta sperma untuk setiap ml ejakulasi, dan memandangkan seorang lelaki boleh mengeluarkan sekitar 2 hingga 6 ml air mani, dianggarkan sekitar 600 juta sperma dikeluarkan bagi setiap ejakulasi yang berlaku.

Sperma turut menyukai suhu yang sejuk, iaitu sekitar 2 – 3 darjah lebih sejuk berbanding suhu tubuh badan. Suhu seperti itu hanya disediakan oleh testikel manusia.

Vesikel mani (seminal vesicles) adalah sepasang kelenjar yang terletak di bawah pundi kencing dan di sebelah vas deferens. Inilah bahagian dimana kebanyakan air mani terhasil – sekitar 70% air mani terhasil daripada bahagian ini.

Kelenjar prostat pula terletak dibawah pundi kencing dan dihadapan rektum. Sekitar 25% daripada kandungan air mani terhasil daripada cecair yang dikeluarkan oleh prostat.

Cecair yang terhasil daripada prostat terdiri daripada asid fosfat, asid sitrik, kalsium, zink dan magnesium. Daripada jumlah ini, zink adalah yang paling produktif dan yang paling penting, kerana ia membantu menstabilkan DNA sperma.

Bagaimana ingin tahu jika air mani lelaki itu normal?

Air mani yang sihat pada kebiasaannya berwarna putih atau sedikit kelabu dengan konsistensi seakan-akan jeli.

Air mani kebiasaannya mempunyai bau seperti bahan peluntur disebabkan oleh kandungan bahan alkali dalam komposisinya. Sifat alkali air mani ini adalah penting untuk melawan sifat keasidan alat kelamin wanita.

Sekiranya air mani anda keluar dengan berwarna merah atau sedikit kecoklatan, ianya mungkin disebabkan pembuluh darah yang pecah dan ianya tidak perlu dirisaukan.

Ini kerana dalam waktu sehari atau dua hari, air mani lelaki akan kembali kepada warnanya yang asal. Darah di dalam air mani atau dikenali sebagai haematospermia adalah satu simptom yang membimbangkan bagi kesemua lelaki.

Walau bagaimanapun, adalah amat jarang untuk ia menjadi satu masalah yang serius.

Tetapi sekiranya warna air mani lelaki tersebut tidak berubah dalam masa beberapa hari, ianya mungkin disebabkan oleh sebarang jangkitan, trauma atau juga kanser (kes yang amat jarang), dan anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

Apa maksud jika saya tidak keluar air mani lelaki?

Dry orgasm ialah satu keadaan di mana seseorang lelaki mencapai klimaks seksual tetapi tidak berejakulasi. Keadaan seperti mampu menakutkan seseorang individu.

Bagi kebanyakan lelaki muda, ianya bukanlah satu masalah yang besar dan kadangkala ia disebabkan oleh orgasma yang berulang. Ia menyebabkan zakar kehabisan air mani untuk dikeluarkan lagi.

Walau bagaimanapun, bagi lelaki yang lebih berusia yang pernah menjalani pembedahan prostat, radioterapi atau sebarang rawatan di bahagian prostat, ini mungkin memberi tanda retrograde ejaculation; satu keadaan di mana air mani lelaki memasuki pundi kencing dan bukannya keluar melalui zakar semasa orgasma.

Berkaitan air mani lelaki dan sperma…

Satu penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Fertility and Sterility pada tahun 2014 menyatakan, lelaki yang mempunyai tahap kesihatan yang rendah akan mempunyai tahap kualiti dan kuantiti sperma yang rendah.

Sebagai contoh, pengambilan alkohol secara berlebihan dan tabiat merokok boleh mengurangkan pengeluaran sperma, yang menyebabkan seorang lelaki menjadi kurang subur.

Selain daripada itu, tabiat pemakanan yang tidak dikawal yang menyebabkan obesiti turut memberi masalah kepada kualiti sperma.

Seorang lelaki yang berlebihan berat badan menghasilkan lebih banyak oestrogen daripada lemak yang turut menghalang pengeluaran sperma.

Kesihatan sperma bergantung kepada tiga perkara!

Kuantiti: Air mani lelaki yang keluar bagi setiap kali ejakulasi mengandungi sekurang-kurangnya 15 juta sperma bagi setiap mililiter. Sperma yang terlalu sedikit menyukarkan untuk mendapatkan kehamilan memandangkan jumlah sperma yang perlu bergerak ke arah telur adalah sedikit.

Mobiliti: Untuk sampai kepada telur, sperma perlulah bergerak dan berenang ke bahagian serviks, uterus dan tibu fallopian wanita. Ia dipanggil sebagai motiliti, dan seseorang individu dikira subur sekiranya 40% daripada sperma bergerak.

Morfologi: Sperma yang normal mempunyai kepala yang berbentuk oval dan ekor yang panjang. Sekiranya seseorang individu mempunyai kuantiti sperma normal yang lebih banyak, maka ia dianggap sebagai subur.

Langkah untuk menghasilkan sperma yang sihat!

Terdapat beberapa cara yang boleh membantu menghasilkan sperma yang berkualiti. Antaranya:

Kekalkan berat badan yang sihat: kajian pernah mencadangkan bahawa BMI yang semakin meningkat berkait rapat dengan penurunan jumlah sperma dan pergerakan sperma

Amalkan pemakanan sihat: lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mana ia kaya dengan antioksida yang boleh meningkatkan kualiti kesihatan sperma. Kurangkan pengambilan minuman beralkohol dan banyakkan pemakanan makanan yang kaya dengan antioksida seperti kacang walnut.

Elakkan penyakit jangkitan seksual (STD): penyakit seperti chlamydia dan gonorrhea boleh menyebabkan ketidaksuburan dalam kalangan lelaki. Gunakan kondom setiap kali anda melakukan hubungan seksual atau kekal dengan hubungan bersama seorang pasangan sahaja

Pengurusan stres: stres boleh menurunkan fungsi seksual dan mengganggu hormon yang bertanggungjawab dalam penghasilan sperma.

Kerap melakukan aktiviti fizikal: bersenam dengan kerap boleh membantu meningkatkan tahap testosteron lelaki. Penyelidikan turut menunjukkan bahawa individu yang bersenam dengan kerap mempunyai tahap testosteron yang tinggi dan kualiti air mani yang lebih baik berbanding mereka yang tidak aktif.

https://hellodoktor.com/seks-hubungan/petua-seks/air-mani-apa-yang-perlu-diketahui/?amp=1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.044980 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list