CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 282|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kerani rugi RM1.026 juta angkara Macau Scam

[Copy link]
Post time 29-12-2022 08:52 PM | Show all posts |Read mode
Kerani rugi RM1.026 juta angkara Macau Scam

oleh    MOHD ISKANDAR OTHMAN   29 Disember 2022     05:23pm






Fisol pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang pada Khamis.




GEORGETOWN - Seorang kerani kerugian RM1.026 juta selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Pos Malaysia dan pegawai polis pada 19 Disember lalu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Fisol Salleh berkata, wanita berusia 49 tahun itu menerima panggilan daripada suspek kononnya terdapat bungkusan yang mengandungi kad pengenalan miliknya.

Beliau berkata, panggilan itu kononnya disambungkan kepada pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan Bukit Aman sebelum dia dimaklumkan terlibat dengan sindiket pengubahan wang haram.

"Mangsa diarahkan untuk memasukkan wang ke 13 akaun yang berbeza hingga mengakibatkan kerugian melebihi RM1.026 juta," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini pada Khamis.

Dalam kes berasingan, dua orang guru wanita berusia 47 dan 41 tahun turut menjadi mangsa penipuan Macau Scam yang menggunakan modus operandi sama hingga mengakibatkan mereka masing-masing mengalami kerugian RM439,000 dan RM203,200 dalam kejadian yang berlaku pada minggu lalu.

Fisol berkata, kesemua kes berkenaan kini sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan individu yang mengaku dari mana-mana agensi kerajaan mahupun perbankan kerana tiada agensi kerajaan, mahkamah atau bank yang berurusan melalui panggilan telefon.

"Lebih penting jangan panik dan terpedaya dengan arahan dinyatakan si pemanggil untuk menyelesaikan dakwaan mereka sebaliknya letak telefon dan buat semakan dengan pihak terbabit terlebih dahulu,” katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.041110 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list