View: 269|Reply: 0
|
[Kedah]
Lelaki maut nahas dua motosikal
[Copy link]
|
|

Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Tunku Bendahara berhampiran Wisma Darul Aman, hari ini. - Foto pembaca
ALOR SETAR: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Tunku Bendahara berhampiran Wisma Darul Aman, hari ini.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa berusia 19 tahun itu cedera parah dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di hospital tidak lama kemudian.
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Tunku Bendahara berhampiran Wisma Darul Aman, hari ini. - Video pembaca pic.twitter.com/t8JQHXNaOH
— Berita Harian (@bharianmy) January 2, 2023
Seorang lagi penunggang motosikal iaitu lelaki berusia 45 tahun patah tulang rusuk kiri dan mengalami pendarahan dalam kepala.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata siasatan awal mendapati dua motosikal itu dalam perjalanan dari arah Anak Bukit menuju bandar raya ini.
"Setibanya di tempat kejadian, motosikal ditunggangi lelaki berusia 45 tahun itu cuba memasuki susur kiri menuju ke Jalan Tunku Bendahara.
"Pada masa sama, motosikal ditunggangi mangsa dari belakang cuba memintas dari kiri sebelum merempuh belakang motosikal lelaki terbabit.
"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HSB untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... nahas-dua-motosikal |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|