CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 509|Reply: 0

Kelas CP150 bakal lebih meriah

[Copy link]
Post time 21-1-2023 10:32 AM | Show all posts |Read mode

KELAS CP150 bakal menyaksikan pembabitan pasukan baharu. FOTO Malaysian Cub Prix

Kuala Lumpur: Saingan kelas CP150 Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2023 bakal dihangatkan dengan tambahan pasukan bertanding tahun lalu namun pengumuman rasmi mengenainya hanya akan diketahui dalam masa terdekat ini.

Perkara itu disahkan oleh promoter kejuaraan Safe Aim Mutual (SAM) Sdn Bhd sekali gus bakal menyaksikan saingan musim 2023 yang dijadual membuka tirainya di Litar Antarabangsa Sepang (Utara) bakal bertambah rancak.

Menurut Pengarah Promosi SAM, Ron Hogg, selain daripada perkembangan positif itu, kelas lain seperti CP125 dan WIRA juga akan menyaksikan perubahan daripada struktur jumlah pasukan dan regulasi.

"Ada pasukan baharu dalam CP150 dan ada beberapa pasukan lain menyertai kelas CP125 dan WIRA juga. Jadi mungkin daripada segi pasukan itu ada penambahan," kata Ronn.

Ujarnya pengumuman pasukan baharu CP150 akan diadakan nanti, manakala untuk CP125 mungkin lebih daripada 10 pasukan bakal mengambil bahagian.

"Untuk regulasi CP150, kita mahu dapatkan sesuatu yang semua pasukan boleh terima.

"Ini cabaran kita setiap tahun, terutama CP150 dan sudah lima tahun berturut-turut, kita berusaha untuk merendahkan prestasi motosikal. Setiap tahun kita menukar regulasi motosikal namun motosikal mereka lebih mempunyai kuasa. Jadi itu cabaran utama kami (selaku promoter).

"Bagi kelas WIRA, kita menggunakan motosikal baharu. Tahun ini juga ketiga-tiga kelas akan berlumba dengan motosikal menggunakan 'injection'. Jadi WIRA akan menjadi wajah baharu dan menggunakan regulasi baharu. CP125 dan CP150 tidak banyak tukar," katanya.

Musim lalu, kelas perdana CP150 disertai sembilan pasukan antaranya seperti PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Honda Yuzy IDEMITSU Team, Yamahalube Gen Blu AHM Motor Sports dan SCK Honda Racing Team.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -bakal-lebih-meriah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 2.590560 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list