CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9060|Reply: 4

Bumi tanpa graviti?

[Copy link]
Post time 22-11-2010 05:32 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by chewan at 22-11-2010 17:37

Bagaimana Bumi tanpa graviti?

tarikan graviti juga mempengaruhi pusingan orbit. - Gambar hiasan



Bercerita tentang graviti, ia merupakan suatu keadaan yang jarang diendahkan kerana dua sebab pertama - graviti sentiasa ada dan kedua graviti tidak pernah berubah sehingga kini.


Jika graviti Bumi berubah dengan ketara, suatu perubahan besar akan berlaku kerana semua bahan yang direka berasaskan daya tarikan graviti.


Sebelum melihat kepada perubahan dalam daya tarikan graviti, mari kita memahami apa sebenarnya graviti.


Graviti merupakan tarikan antara dua atom seperti mana kita meletakkan dua biji bola golf bersebelahan.


Sebenarnya dua bola golf yang kecil terdapat sedikit tarikan graviti antara satu sama lain jika diukur.


Bagaimanapun bila objek yang besar seperti Bumi yang mempunyai bilangan atom yang berkumpul, daya tarikan gravitinya akan kelihatan lebih ketara.


Alasan mengapa daya graviti Bumi tidak pernah berubah adalah kerana jisim Bumi yang tidak pernah bertukar.
Dan daya graviti Bumi hanya akan berubah apabila terdapat perubahan dalam jisim Bumi itu sendiri.


Daya graviti bertanggungjawab terhadap pusingan orbit yang mengelilingi Bulan serta menyebabkan semua planet mengelilingi Matahari.


Malah daya graviti juga menyebabkan fenomena pasang surut air laut.


Selama ini apabila berkata mengenai zero graviti, kita biasanya didedahkan dengan gambar-gambar angkasawan yang terapung-apung di udara di dalam kapal angkasa.


Mereka kelihatan hebat tetapi semuanya memerlukan pengorbanan kerana mereka merasa tidak selesa dengan loya, pening dan kaki mula mengecut tanpa graviti.


Sebenarnya terdapat banyak keburukan kerana dalam jangka masa panjang menyebabkan otot menjadi bertambah lemah dan tulang mereput apabila tiada daya tarikan graviti.


Cuba bayangkan bolehkah kita hidup tanpa graviti?


Cuba tolak ke tepi teori fizik dan bayangkan suatu hari tiada graviti di planet-planet dan tiada kuasa tarikan di Bumi.
Segalanya boleh menjadi malapetaka!


Selama ini kita amat bergantung kepada tarikan graviti untuk 'memegang' hampir semua benda di muka Bumi - kereta, manusia, perabut, pensil, buku, baju malah kertas yang diletakkan di atas meja.

Jika tiada tarikan graviti, segalanya akan terapung di udara malah dua perkara penting di Bumi juga, pertama air di lautan, tasik dan sungai akan hilang entah ke mana.


Justeru fenomena pasang surut air laut juga tidak dapat lihat lagi.


Kedua, udara di atmosfera juga tidak ada berada seperti sekarang dan akan terus 'melompat' ke angkasa.


Ini merupakan masalah di Bulan yang tidak mempunyai tarikan graviti yang mencukupi malah menghampiri keadaan hampagas.
Dalam kata lain, tiada yang kekal lama jika sesebuah planet tidak mempunyai daya tarikan graviti.


Tetapi jika daya tarikan graviti digandakan, ia juga bakal mencetus malapetaka kerana berat semua bahan juga akan berganda.
Masalah besar timbul pada struktur seperti rumah, jambatan, bangunan pencakar langit malah kaki meja yang biasa menyokong beban bagi daya tarikan graviti biasa.


Kebanyakan struktur atau bangunan akan runtuh dengan cepat jika bebannya digandakan.
Pokok dan tanaman juga bakal menghadapi masalah, malah tekanan udara akan digandakan dan memberikan kesan yang besar kepada iklim.

menarik tajuk nie...kalau mana2 forumer terer fizik leh x explain bagaimana imiginasi tue berlaku dlm bntuk teori
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2010 05:57 AM | Show all posts
nak bg pendpt sket,,
based on ape yg sy blaja (time foundation dlu)...
ntuk gravitational force tu..kite bleh refer pada law ni..F=G(m1m2)/r^2
di mana,
F = force antara dua objek,
G= gravitational constant,
m1= mass of object 1,
m2=mass of object 2,
r=distance antara dua object ni

mcm yg encik chewan tulis, setiap objek kat dunia ni ade daya tarikan antara stu same len (cam laki ngan pempuan la ), cume it depends on mass...bleh refer formula atas,,ntuk  case earth gravity, due to gigantic mass of earth value,,as compared to mass of human, for instance...there will be a force wujud antara mereka..FYI, G is an extremely small value..
so, camtula gravitational force of earth boleh difahami (mungkin level bebudak kot.. cam sy) rasenye bnyk assumption kene consider klu gune formula ni,,cntohnye,,assuming the earth is really in a sphere shape..

n untuk change of gravitational force, kite follow formula atuk newton la,,F=ma...ntuk case ni, a = g = acceleration due to gravity...let say,,if gravity force is increase, of coz g will increase as well. then, sume obejct kat muka bumi ni akan "menghasilkn" force yg lebih tinggi drpd yg normal...

camtu la alkisah nye...maap, klu slh tlng btol kn.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 11:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 23-11-2010 11:08

Reply 2# motolumbe

betul...
that was great explanation

sebenarnya..
mengikut Hukum Gerakan Newton ke-3..
sesuatu objek(bumi) apabila ada daya graviti,
dimana dia bertindak sebagai "center of mass" - sbg titik fokus tempat orang lain nak berputar
maka objek disebelahnya (bulan) akan dikenakan daya yang sama iaitu F= ma - ikut HUKUM gerakan Newton ke-3

F=ma yang dikenakan kepada bulan tersebut berbentuk daya memusing kerana "bulan anggap bumi sbg center of masses & mengelilinginya" ...



tapi pernahkah kita terfikir, kenapakah bulan tidak berhenti2 mengelilingi bumi tanpa tersasar dari kedudukannya???
yup..mengikut artikel di atas, tanpa daya graviti bumi, bulan takkan berputar...
tp apabila bulan berputar mengelilingi bumi, kenapa putaran itu memberikan tempoh yang sama (28 hari) ?? kenapa bulan tidak "penat" ??

bayangkan anda sedang memutarkan pensel, pensel berputar sehingga beberapa minit
selepas itu, pensel tersebut berhenti berputar dan jatuh! kita assume kat sini, daya luar yang bertindak....yup(geseran + rintangan angin)

so, bila sesuatu objek menjadikan titik fokus sbg fokus tuk putaran,
maka angular mometum , L = jejari x momentum...

angular momentum didefinisikan untuk menjelaskan momentum objek berputar.

momentum = halaju x jisim bulan .. disini halaju bulan adalah seragam...


so, bulan mengelilingi bumi dengan kadar angular momentum sifar kerana dL/dt = 0 sebab halaju bulan seragam...
dengan ini apabila kadar angular momentum = 0, maka dL/dt adalah abadi.

Maksud kadar angular momentum abadi ialah apabila anda putar sesuatu objek, objek tetap berputar sehingga anda berikan daya luar yang mana ia mengubah kadar angular momentum tersebut kemudiannya.

bulan tiada daya luar bertindak ke atasnya melainkan daya graviti bumi..
sekiranya jupiter bergerak bersebelahan dengan bulan, maka kedudukan bulan mungkin tersasar dari orbitnya kerana jisim jupiter>> bumi yang mana boleh menyebabkan kadar angular momentum tidak lagi abadi sehingga mereka berjaya mencapai keseimbangan...

pernah kita terfikir kenapa bulan tidak memilih matahari sbg pusat putaran tetapi bumi pula menjadi pilihannya?? jisim matahri>>>> bumi


maka dengan ini, bulan berputar mengelilingi bumi dengan kadar angular momentum yang abadi...

perlu dingatkan memberikan kesan besar sekiranya perbezaan jisim antara kedua-dua objek adalah besar....



nak tambah sedikit Hukum Kepler:

untuk memahami lebih lanjut tentang pergerakan bulan mengelilingi bumi
bumi mengelilingi matahari...




1) Kesemua planet bergerak mengelilingi matahari pada satu titik fokus dalam orbit yang elips.
-bulan bukan mengelilingi bumi dengan orbit BULAT...so angular momentum adalah berbeza pada setiap kedudukan

2) Mana2 kedudukan jejari yang anda pilih dalam elips memberikan kadar luas permukaan yang sama.

3) Kuasa dua tempoh diambil untuk keliling lengkap adalah berkadar terus dengan kuasa tiga jejari semi-major.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 01:28 PM | Show all posts
best gak tajuk ni tapi aku x pandai bagi komen sebab x berapa pandai bab sains ni,thnk TT
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 10:33 PM | Show all posts
tapi dengar dengar bulan setiap tahun semakin jauh dari bumi betul ke?dan dengar dengar dulu dulu bulan rapat sangat dengan bumi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.039680 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list