CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137647|Reply: 1640

Nak nyiru, nak tampi boyeh..(Cerita seram xbrapebaik pg 56/Is it real? pg 61)

  [Copy link]
Post time 23-11-2010 01:01 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by ronin at 12-12-2010 23:50

Semasa hayat arwah Uwan (my mother's mom) aku kat kampung, perkara yg paling dia suka buat ialah menceritakan kisah-kisah hantu dan dia suka cerita sebelah malam untuk memberi keseraman yg maksimum kepada kami..... siap dgn gerak tangan dia, suara yg digaraukan atau dinyaringkan mengikut gambaran suara hantu2 tu, berhenti sekejap atau wakaf pada part2 yg tertentu, sambil menggulung sireh pelan2 dan kemudian mengunyah sireh itu untuk membuat kami tertunggu-tunggu dengan penuh debaran dan suspens.........

Ini salah satu kisah dia, benar2 terjadi dlm tahun 60an dulu kat kampung aku.

Kat kampung aku atau mana2 kampung pada zaman itu, orang2 kampung kebanyakkan mengusahakan tanaman padi dan berkebun. Tak terkecuali seorang wanita bernama Piah yg mengusahakan sawah padi dia yg sebesar 3 relung tu. Biasalah orang2 kampung bila padi mula nak masak (adalah warna kehijau-hijauan lagi) derang akan tuai dan menumbuk padi itu untuk membuat emping.
Korang pernah makan emping? Sedap wo....tambah dengan gula anau dan kelapa muda....mmg sedap tambahan pula dengan beras jenis Malinja atau beras Mahsuri yg kita tanam pada zaman itu. Aku dulu zaman remaja menolong Uwan aku mengerjakan sawah padi. Aku tolong bab yg guna tenaga fizikal lah sepeti membuat batas, melambuk tanah guna cangkul, membanting (part yg paling aku suka), membawa padi dllm buntil atau guni balik ke rumah, mengeringkan dengan menjemur di tengah2 panas terik matahari (kena jaga lama2 kalau tak ayam yg tak makan saman tu makan...boring betul part ini), memisahkan sekam padi dengan menggunakan pengipas padi (kepunyaan Ongah Leha), dengan cara memasukkan padi melalui corongnya yg kat atas dan memusingkan bilah2 yg terdapat didalamnya dengan memusingkan engkolnya dengan tangan (mcm engkol basikal) dan sekam padi akan bertaburan keluar dari corong yg di depan. Selepas dah asingkan sekam padi, aku simpan padi tu di dalam kepuk padi (tempat simpanan padi, mcm pondok kecil, tertutup agak rapat - rat proof ).

Now, tentang menumbuk padi mentah hendak membuat emping itu kami gunakan losong (lesung) padi dari kayu jenis resak, jenis yg menggunakan kaki, dimana di hujungnya adalah penumbuknya, ada  tuil di tengah dan hujung satu lagi untuk kita memijak supaya penumbuknya akan menumbuk padi itu memisahkan sekam dan seterusnya melenyekkan nya menjadi emping. Boleh dilakukan seorang atau 2 orang, tapi kalau sorang memang letih woo....kalau nak romantik boleh lakukan dengan gefren atau bini...memang best!

Ok, back to wanita yg bernama Piah itu, dia gunakan losong padi yg sama spt yg aku gunakan. Petang tu selepas dia balik dari sawah padi, dia hendak masak nasi terpaksalah dia kena menumbuk padi dia dulu. Pada masa itu dia gunakan kaedah lean manufacturing, bila nak tanak nasi baru dia menumbuk padi, dia tak guna kaedah membuat stock banyak2 mcm yg pernah kami buat pada zaman kami, nanti rasanya tak fresh....Masa tu dah dekat senja, dia pun sorang2 startlah menumbuk padi.....dengan memijak-mijak bhg pemijak lesung itu...lama2 dia terasa letih jugalah, maklumlah buat sorang2......lagipun letih tak hilang lagi selepas balik dari sawah padi.....

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Edisi tambahan cerita2 seram pengalaman dari Uwan, Atok, Paksu, Maksu atau sewaktu dengan nya dari penulis2 lain, sila pergi ke link berikut:

****>>>>>> Gambar2 lesung padi dan nyiru (untuk yg belum pernah melihatnya) dari lensa ea208984<<<<<
1) Lelaki berjubah putih: Pengalaman Mak Su. Penulis -  pu3_rania
2) Pinned down by the devil. Penulis - ronin
3) Pengalaman seram Uwan aku Part 1 - Penulis - Xbrapebaik
4) Pengalaman seram Uwan aku Part 2- Penulis - Xbrapebaik
5) Pengalaman seram Uwan aku Part 3 - Penulis - Xbrapebaik
6) Pengalaman seram Uwan aku Part 4 - Penulis - Xbrapebaik
7) Pengalaman seram Uwan aku Part 5 - Penulis - Xbrapebaik
8) Pengalaman seram Uwan aku Part 6 - Penulis - Xbrapebaik
9) Kisah tauladan: Isteri Solehah - Penulis - halimi78
10) Wan Ongah kah itu? - Penulis - ronin
11) Siapakah dia Bolin? - ronin
12) Kelibat wanita bertelekung - ronin
13) Rumah dihantar Santau? - mek Siputsedut
14) Kisah Bolin - ronin
15) Pengalaman Camping - Xbrapebaik
16) Hantu semnida - mek Siputsedut
17) Dikelilingi bunian - Xbrapebaik
18) Is it real? - Ronin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2010 01:28 PM | Show all posts
alamak aku dah taip sambungan cerita tiba2 aku tertekan ntah mana2 terus hilang....

Tak apa nanti aku sambung lepas semayang zohor....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 01:29 PM | Show all posts
erk...sambungan nya di manakah?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 01:30 PM | Show all posts
TT ni org minang ke??
cam bunyik minang lak tajuk ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 01:31 PM | Show all posts
tulah, tgh dok sedap2 baca, tergantung lak cerita. xpe2, sila solat zohor dulu ye, TT.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2010 01:33 PM | Show all posts
erk...sambungan nya di manakah?
tenderfly Post at 23-11-2010 13:29


dah nak buat kat post#2 tapi tiba2 hilang .....(mcm paranormal jer..)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2010 01:36 PM | Show all posts
dah nak buat kat post#2 tapi tiba2 hilang .....(mcm paranormal jer..)
ronin Post at 23-11-2010 13:33


xsempt nk masuk part seram, dh ilang dulu. mmg agak paranormal.opss
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 01:37 PM | Show all posts
Reply 6# ronin
ceh...mmg paranormal line tenet itu..huhuhu,xpa2..lunch hr ada agik ni..sila taip pepeliz..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2010 01:48 PM | Show all posts
TT ni org minang ke??
cam bunyik minang lak tajuk ni..
melinda_gordon Post at 23-11-2010 13:30


Saya orang nogori tp bukan orang minang....mungkin yg minang tu 'lembaga' yg sy nak ceritakan kan kot sebab kalau mengikut cerita arwah Uwan sy dulu, sebutannya lain sikit....nantilah sy cerita...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 01:50 PM | Show all posts
Saya orang nogori tp bukan orang minang....mungkin yg minang tu 'lembaga' yg sy nak ceritakan ka ...
ronin Post at 23-11-2010 13:48



    laaa....patut la den ghaso cam kona yo bunyik tajuk tu..samo la an pun..ekau n9 kek no??den punyo kampung kek pilah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2010 01:51 PM | Show all posts
mmg tak best nak mengulang taip tp apakan daya....

kalau part mcm ni Uwan aku dah berenti sekejap sambil gulung sireh tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 01:51 PM | Show all posts
lerrrrrrrrrrrrrr potong stim betul ler
tp sbb ko nak solat zohor, aku maapkan.....jgn melambat2kan solat, bagus TT
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 01:55 PM | Show all posts
we want more!!!!!!!hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 02:06 PM | Show all posts
alamak aku dah taip sambungan cerita tiba2 aku tertekan ntah mana2 terus hilang....

Tak apa  ...
ronin Post at 23-11-2010 01:28 PM



hi TT..   nice story... lenkali kalo tatut line tenet semput ke hapa... taip dulu citer kat word.. atau notepad... kang leh COPY PASTE jah ke shinik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2010 02:41 PM | Show all posts
Oh ya, Piah ini tinggal dengan suami dia, anak belum ada lagi, umurnya sekitar 30an, kat kampung masa tu rumah agak berjauhan dgn rumah jiran2.
Masa tu dah dekat senja, dia pun sorang2 startlah menumbuk padi.....dengan memijak-mijak bhg pemijak losung itu...lama2 dia terasa letih jugalah, maklumlah buat sorang2......lagipun letih tak hilang lagi selepas balik dari sawah padi.....suami dia pun belum balik dari sawah lagi walaupun dah dekat senja……dia pula balik lebih awal sebab nak masak nasi.
Tiba2 dia terasa ringan jer pijakkan dia dan kemudian terasa mcm ada orang kat belakang…dia menjeling sikit dan nampak seorang perempuan yg sama2 tolong dia memijak losong tu. Dia pun terpikir siapa gerangan perempuan itu? Kalau jiran yg datang menolong sudah tentu dah beri salam dan bersembang. Ini tidak, senyap jer…..dah tu sama2 tolong memijak losong tu.
Lama juga dia memijak losong tu sebab dia dah terasa sangat seram dan buntu tak tahu apa nak buat. Kalau kita, apa tindakkan kita kalau tiba2 out of nowhere ada orang misteri yg menolong kita spt Piah tadi? Ucap terima kasih dan katakan kat ‘dia’ supaya dia teruskan menumbuk losong itu sebab kita nak pergi nak buat teh?
Itulah yg dibuat oleh Piah Cuma dia tak ucap terima kasih sebaliknya dengan terburu-buru dia beredar sambil cakap, “Tunggu jab…Piah nak buat teh…”
Piah pun terburu-buru naik melalui pintu anjung rumah dan terus menutup pintu dan tingkap2 sambil berdoa suami dia balik segera. Dalam keadaan dia menggigil ketakutan itu dia terdengar ‘perempuan’ itu berkata, “Nak tiu, nak tampi boyeh!” berulang-ulang kali. (pada masa ini kalau arwah Uwan aku dia buat suara halus dia tu…ketaq jugak lutut aku mendengarnya……aku tak tahu semaada hantu tu cakap minang, pelat atau saja2 nak menyakat dengan ayat yg pelik bunyinya, tapi kalau betulnya,”Nak nyiru, nak tampi boreh”, dlm dialek nogori…atau “Nak nyiru, nak tampi beras…”, kalau hantu tu guna BM yg betul…..tapi kang kurang creepy pulak kan….
“Nak tiu, nak tampi boyeh”….ulang hantu itu berkali-kali dan kemudian itu mengilai panjang…(time ni arwah Uwan aku akan mengilai juga….rasa mcm nak terkencing takut….)
Kemudaian itu Piah terdengar sayup2 hantu tu berkata “Nak tiu, nak tampi boyeh”….sambil mengilai panjang…..dan kemudian hilang.
Itulah apa yg berlaku kat Piah dan cerita ini diketahui oleh orang2 kampung aku hingga sekarang….
Sori yer, cerita sekat-sekat…..in between aku pun gulung sireh jugak….

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2010 02:43 PM | Show all posts
hi TT..   nice story... lenkali kalo tatut line tenet semput ke hapa... taip dulu citer k ...
BabeYSHa Post at 23-11-2010 14:06


yg sambungan tadi sy taip kat ms word, tp tulah tak dapek letak smiley...kena letak selepas kopipes...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2010 02:45 PM | Show all posts
adoi,meremang bulu roma baca...nak2 kalau dgr sekali sound effect mcm Uwan anda buat tu. brrr..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2010 02:47 PM | Show all posts
laaa....patut la den ghaso cam kona yo bunyik tajuk tu..samo la an pun..ekau n9 kek no??de ...
melinda_gordon Post at 23-11-2010 13:50


samo yo oghang pilah....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 02:53 PM | Show all posts
Masa mula2 baca ada perkataan 'Uwan' dah boleh agak TT ni org N9 coz 'Uwan tu merejuk pd nenek
Best cerita TT ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 02:59 PM | Show all posts
samo yo oghang pilah....
ronin Post at 23-11-2010 14:47


TT masa nolong Uwan kat bondang tu tak ada 'ngocar' ikan puyu ke?
Kalau ada cerita yg menyeramkan sambung lah lagi ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.086051 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list