CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11039|Reply: 6

[Tempatan] Bekas suami larikan anak usia 6 tahun, ditinggalkan sendirian di rumah kebun

[Copy link]
Post time 19-1-2025 04:35 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita berdepan detik cemas apabila bekas suami tiba-tiba muncul di rumahnya waktu tengah malam bersama beberapa rakan.

Menurut dakwaan wanita itu di Facebook, bekas suaminya membuat kecoh, bertindak ganas dan luar kawalan hingga merosakkan harta benda dalam kejadian itu.




Tambah wanita itu lagi, lelaki tersebut yang telah lima tahun berpisah dengannya datang ke rumahnya sekitar pukul 12 tengah malam untuk membawa lari anak mereka.

"Dia datang rumah terpekik-pekik depan kediaman pagi-pagi buta dan terajang pintu sampai pecah disebabkan saya tak nak bagi anak.

"Bekas suami larikan anak kami. Saya kejar dia tapi hilang jejak. Jadi saya terus ke balai polis buat laporan tapi pihak polis tak nak ambil report sebab katanya 'masalah rumah tangga'.

"Saya sudah lama bercerai. Tak ada hitam putih hak penjagaan anak dapat dekat siapa sebab lepas bercerai dia memang tak ambil tahu fasal anak dan satu sen tak pernah bagi," dakwanya dalam hantaran di grup Tanya Peguam.

Bercerita lanjut, katanya, bekas suami bagaimanapun menghubunginya sekitar pukul 6.30 pagi, meminta dia mengambil anak mereka semula selepas kanak-kanak itu menangis.

Paling menyayat hati apabila mengetahui anak kecil berusia enam tahun itu ditinggalkan sendirian di sebuah rumah kebun dalam kawasan hutan.

Menerusi hantarannya, dia turut meluahkan rasa kecewa terhadap pihak berkuasa yang didakwa tidak mengambil tindakan wajar, walaupun jelas dia berasa terancam dengan tindakan bekas suami.

"Persoalan saya kenapa pihak polis tak boleh ambil tindakan? Selepas kejadian ni apa patut saya buat. Saya betul-betul rasa terancam dan tak selamat.

"Sebelum ni saya tak pernah halang dia nak jumpa anak-anak tapi bertahun-tahun dia abaikan nafkah. Saya sakit hati dan sekarang memang saya tak izinkan dia jumpa mereka dah.

"Kalau boleh saya nak buang nama dia dalam surat beranak," luah wanita itu.

Hantaran tersebut meraih pelbagai reaksi warga maya yang turut tidak dapat menerima perbuatan si bapa meninggalkan anak di dalam hutan.

Dalam pada itu, seorang peguam syarie, Aiman Zulkifli tampil menjelaskan bahawa wanita ini boleh mengambil tindakan berdasarkan masalah dikongsikan.

"Polis tak ambil tindakan sebab puan tak ada perintah hadanah dari mahkamah syariah. Lagipun ayah ambil tu bapa kandung. Tak ada istilah ayah kandung culik anak.

"Bab polis tak nak terima laporan yang dibuat adalah satu kesalahan. Polis mesti terima laporan yang dibuat tapi sama ada kes diteruskan siasatan atau tidak bergantung kepada penilaian pihak polis sama ada wujud elemen jenayah atau tak.

"Nasihat saya, puan buat je report dulu dan failkan kes hadanah di mahkamah syariah," ujarnya memberikan pandangan berikutan masalah dihadapi pengadu.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2025 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Cam citer Batik Zakiah - Eyka Farhana berlakon. Sama. Tgk kat utube. Sampai naik gila dia dalam movie tu.
Sedih.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 04:57 PM | Show all posts
Lily_Elizabeth_ replied at 19-1-2025 04:46 PM
Cam citer Batik Zakiah - Eyka Farhana berlakon. Sama. Tgk kat utube. Sampai naik gila dia dalam movi ...

Telefilem itu sudah siar pada 2019 dahulu kalau tidak silap..

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 19-1-2025 04:57 PM
Telefilem itu sudah siar pada 2019 dahulu kalau tidak silap..

Ulangan dlm utube. Sedihsgt.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 05:15 PM | Show all posts
patutnya pompuan ni wat laporan sekali lagi bhw sominya :

1. wat kacau kat tempat kediaman

2. abaikan kanak2 (tinggalkan kanak2 sorang2 kat tempat jauh dari orang ramai)
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 05:31 PM | Show all posts
Kalau,dah cerai.. dah lama pulak tu bukan lagi “masalah rumah tangga “ lah. Takkan once ko dah kawin and cerai , bekas laki komada lesen besar boleh kacau family ko sampai bila2. Policy polis ponnn mengarut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2025 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya anak tu. Polis pun takkan sampai takde common sense kot. Jd apa2 dkt anak tu mmg le diarg takde impact tp di mana letaknya nilai kemanusiaan???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.045506 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list