|
GUANYU catat masa terpantas. -FOTO AP
Sakhir, Bahrain: Pelumba China, Zhou Guanyu mempamerkan aksi terbaik apabila berjaya mengatasi juara dunia Formula 1 Max Verstappen dan mengakui "merasa gembira melihat namanya berada di atas."
Zhou mencatatkan masa terbaik 1 minit 31.610 saat selepas 132 pusingan bersama Alfa Romeo miliknya pada hari kedua ujian pramusim di trek Sakhir, trek yang sama yang akan mengadakan perlumbaan pembukaan kejuaraan musim 2023, 5 Mac ini.
"Kami sedar bahawa ini adalah ujian, sudah tentu semua orang mencuba tetapan yang berbeza, tetapi saya tetap berasa gembira melihat nama saya dan pasukan di sana dalam helaian masa terpantas," kata Zhou, 23 tahun.
"Ia adalah hari yang positif secara keseluruhannya, kami mendapat lebih banyak jarak perbatuan dan melepasi semua sasaran dan tugas yang kami tetapkan untuk diri kami jadi saya boleh katakan saya gembira.
"Kereta itu agak baik untuk kedua-dua waktu, siang dan malam dan saya berasa lebih yakin pada sesi ujian ini."
Zhou berada di tempat ke-18 pada musim lalu 2022, musim pertamanya dalam F1, mengumpul enam mata secara keseluruhan.
Rakan sepasukan Valtteri Bottas, bekas pemandu Mercedes yang berpengalaman luas, berada di tempat ke-10 dengan 49 mata.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rstappen-di-bahrain |
|