CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2625|Reply: 9

Sesiapa yang pernah berpengalaman....

 Close [Copy link]
Post time 27-11-2010 05:19 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terimakasih pada teman teman yang sudi membaca.
Saya mempunyai masalah yang belasan tahun yang lalu sewaktu remaja saya tidak dapat ramai teman dan tidak tahu pasal benda ini. Sewaktu remaja seorang kakak telah membawa menemui seorang makcik, kerana saya ada masalah keluarga. Sebaliknya makcik itu cadangkan pakai pendinding diri dan beritahu adalah tidak dosa. Makcik itu telah memasukkan sebiji jarum emas di dagu. Keesokan hari saya telah bercerita pada kawan, kawan saya marah dan memberitahu itu adalah susuk. (Sebenarnya tidak tahu yang itu adalah susuk dan tidak berniat untuk memasukkan). Saya jadi tidak tentu arah. Dengan segera saya suruh kakak yang telah bawa saya jumpa makcik itu untuk mengeluarkan. Tetapi makcik itu kata dah sebati walaupun hanya satu hari dan suruh cari orang lain untuk mengeluarkan. Saya merayu pada mackcik itu tetapi dia tetap berdegil dan menghalau dan beritahu jangan datang lagi. Dia memberitahu itu tidak dosa dan boleh dibawa mati. Saya telah berusaha untuk mengeluarkan dan makan pantang larang yang disuruh oleh makcik itu.

Last resort saya buat keputusan untuk buat Minor Surgery dengan Doktor di Melaka tapi 'tak Successful' juga kerana Doktor tak jumpa 'benda' tu. Doktor ini ada pengalaman membuang susuk. Doktor ini mencadangkan untuk berjumpa dengan dia lagi bulan hadapan(buat xray & surgery lagi). Macam hendak mati di buat doctor itu kasi injection sekejap aje dia korek di dalam tetapi tidak jumpa pun.

Sudah banyak saya berjumpa dengan orang2 yang mahir tentang benda ini dengan perubatan cara Islam tetapi bila buat periksaan xray masih ada. Jika ada yang tahu orang yang sangat mahir mengeluarkan susuk emas barang yg di tanam oleh tukang sihir.

Tolong beri pendapat jika saya boleh tunai kan umrah untuk tebus kesalahan. Keikhlasan & pendapat tolong saya di forum ini.

p/s Saya telah pun pergi banyak tempat jumpa bomoh dah juga jumpa Ustadz, Ustadz Harun Din, Ustad Hafiz, Ustad Suhaimi dan  Ustadz Sharhan Shafie (yang keluar di WHI TV3)
di Sinar Zamdurrani yang charge saya rm$1850, consulation rm$100 dan kasi satu ayat rm$80)  juga Ustad USTADZ MOHD KHAIREY di Kelantan etc pun benda itu masih di situ lagi bila x-ray. Hai susah betul benda ini hendak keluar....


Sekian Terimakasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2010 06:32 PM | Show all posts
ya Allah...seram pulak dengar..
tak reti nak membantu camane..
berusahalah selagi mampu ya..
semogalah Allah mempermudahkan urusan awak untuk keluarkan susuk tue..InsyaAllah

by the way, nak tanya...
ape perbezaan lepas pakai susuk tue ekk..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2010 06:41 PM | Show all posts
tt kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2010 07:05 PM | Show all posts
fuy..

susuk bukan ble jumpe bomoh2  buang saka ke..bomoh2 rasuk ke..

kene jumpa bomoh susuk tu..

tapi mane laaa ade org advetais diri sebagai bomoh susuk kan..

hui..susahnye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2010 08:36 PM | Show all posts
ya Allah...seram pulak dengar..
tak reti nak membantu camane..
berusahalah selagi mampu ya..
semo ...
cinta_ungu Post at 27-11-2010 18:32


Tiada ada perbezaan lepas pakai susuk  sama aje... fyi
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2010 09:49 PM | Show all posts
Assalamualaikum terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terimakasih pada teman teman yang sudi membac ...
Honey2009 Post at 27-11-2010 17:19


Astaghfirullah....
Geram, sedih, kesian sgt itu perasaan aku bila baca cerita TT
Biadap sungguh makcik tu coz dah lah menipu lepas sanggup marah & halau TT bila minta tolong keluarkan susuk tu
Tang charge yg di kenakan oleh Sinar Zamdurani tu bagi aku too much lah
Kalau aku tahu mana org yg boleh bantu hang keluarkan susuk akan aku beritahu hang tapi masalahnya aku pun tak tahu
Harap2 ada antara forummer yg baca kiash hang ni boleh membantu hang. Amin
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-11-2010 10:08 PM | Show all posts
Reply 6# pu3_rania

Apa nak buat Ustad kata kita yang perlu bantuan dia & bukan sebaliknya. Dan ubat2 an juga perlukan ongkos. Terimakasih atas pertolongan awak moga diluar sana boleh membantu kita dengan ikhlas kita hanya ikhtiar. Amin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2010 10:10 PM | Show all posts
Just pm me kalau ada info.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2010 10:16 PM | Show all posts
Reply  pu3_rania

Apa nak buat Ustad kata kita yang perlu bantuan dia & bukan sebaliknya. Dan ub ...
Honey2009 Post at 27-11-2010 22:08

Ustaz Sharhan yg kata mcm tu ke?
Mudah2an Allah SWT permudahkan jln utk hang dgn adanya antara forummer kat sini @ org yg arif @ tahu serba sedikit pasal masalah hang ni sudi membantu hang. Amin
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2010 10:17 PM | Show all posts
ummmm... haku rasa mcm pernah baca thread neh...

lom selesai ke kes ko TT? haku closed thread neh... sambung di thread asal ko..

-CLOSED-
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.053767 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list