CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7268|Reply: 1

[Pulau Pinang] KPM tunggu laporan lengkap insiden 3 beradik mangsa dera

[Copy link]
Post time 26-3-2023 10:42 AM | Show all posts |Read mode
KPM tunggu laporan lengkap insiden 3 beradik mangsa dera


Oleh Nur Izzati Mohamad - Mac 26, 2023 @ 9:24am [email protected]








NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) menunggu laporan lengkap berhubung insiden tiga beradik di sebuah kampung di Perlis yang dipercayai menjadi mangsa dera ibu mereka.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, beliau mengambil maklum mengenai kejadian yang menimpa tiga beradik berkenaan.

Katanya, pada ketika ini beberapa agensi berkaitan berusaha membantu tiga beradik itu dan pihaknya juga dalam usaha berbuat demikian selepas menerima laporan lengkap akan kejadian itu.

"Saya tak dapat lagi laporan (insiden menimpa tiga beradik terbabit) tetapi dah dapat berita mengenainya.

"Kita tengah periksa keadaan mereka dan pada ketika ini (usaha membantu) di bawah kementerian lain dulu yang menyelamatkan (tiga beradik terbabit).

"Bagi pihak kita, (KPM) akan semak (status pendidikan) sama ada mereka (tiga beradik itu) bersekolah atau tidak yang apabila kita lihat pada masa ini keadaan mereka nampak tidak begitu baik," katanya

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung status pendidikan tiga beradik yang dipercayai menjadi mangsa dera dalam kejadian di Kampung Tambun Tulang, Simpang Empat, Perlis.

Terdahulu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui pada Majlis Iftar bersama pelajar serta komuniti setempat di Pusat Islam Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), di sini, malam tadi.

Dalam kejadian malam kelmarin, tiga beradik berusia 13 hingga 16 tahun ditemui orang awam dalam keadaan kaki masih berantai di tepi jalan di kampung berkenaan.

Semasa ditemui, dua daripada mangsa dirantai bersama di bahagian kaki, manakala seorang lagi tidak dirantai.

Hasil semakan polis seterusnya juga mendapati dua daripada mangsa memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu bagi masalah pendengaran dan pembelajaran.

Kesemua mangsa yang menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.




Fadhlina beramah mesra dengan pelajar dan komuniti setempat ketika hadir pada Majlis Iftar di Pusat Islam Kampus Kejuruteraan, USM, Nibong Tebal.- Foto NSTP/ Nur Izzati Mohamad











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2023 10:44 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.423775 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list