CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7965|Reply: 1

[Pulau Pinang] Jangan paksa murid Tahun Satu berpuasa jika tak mampu

[Copy link]
Post time 26-3-2023 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Jangan paksa murid Tahun Satu berpuasa jika tak mampu



Oleh Nur Izzati Mohamad - Mac 25, 2023 @ 11:22pm [email protected]








NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) meminta pihak sekolah memantau murid beragama Islam khususnya Tahun Satu yang berpuasa, sama ada berupaya atau tidak berbuat demikian.

Menterinya, Fadhlina Sidek, menyedari ada murid Tahun Satu diminta ibu bapa untuk berpuasa di sekolah, namun mereka keletihan dan belum berkemampuan melaksanakan ibadat berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, jika guru melihat keadaan murid letih untuk berpuasa, perlu ada perbincangan dengan ibu bapa murid terbabit.

"Di sekolah kena ada pemantauan. Kalau guru lihat murid itu tak cukup air, mengalami masalah kesihatan atau tidak bersedia untuk berpuasa, saya minta bincang dengan ibu bapa murid terbabit supaya ada proses pendidikan (berhubung ibadat puasa) yang mereka tidak boleh dipaksa sekiranya tidak mampu.

"Ibu bapa dan guru mesti ada komunikasi bagaimana untuk mendidik proses berpuasa itu kerana perkara ini berkaitan dengan ekosistem yang penting," katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar bersama pelajar serta komuniti setempat di Pusat Islam Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), di sini, malam ini.

Hadir sama Naib Canselor USM, Prof Datuk Ir Dr Abdul Rahman Mohamed.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata demikian sebagai mengulas hantaran segelintir ibu bapa di platform Twitter yang meluahkan rasa kesal terhadap pentadbiran sekolah memaksa anak mereka khususnya murid Tahun Satu berpuasa dalam keadaan keletihan.

Beliau berkata, Islam juga tidak mewajibkan kanak-kanak belum baligh berpuasa, namun ada sesetengah daripada mereka sudah bersedia dan mampu berbuat demikian.

Dalam perkembangan berkaitan, Fadhlina berkata, tiada kenyataan dibuat berhubung penutupan kantin sekolah sepanjang Ramadan.

Beliau menyarankan kantin terus dibuka untuk menyantuni kanak-kanak Islam yang tidak berpuasa dan kanak-kanak bukan Islam.

Fadhlina turut meminta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berperanan supaya ada ruang kanak-kanak yang tidak berpuasa untuk makan.

"Tempat itu mestilah sesuai untuk mereka makan, saya tidak mahu mereka makan di stor atau tempat tidak sesuai dan ini mesti dipantau pihak sekolah dan PIBG," katanya.




Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, beramah mesra dengan pelajar dan komuniti setempat pada Majlis Iftar di Pusat Islam Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Nibong Tebal. - NSTP/NUR IZZATI MOHAMAD










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2023 10:54 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.492704 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list