CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7680|Reply: 2

[Kedah] 'Saya nak sangat berjalan, tetapi kos pembedahan belum cukup'

[Copy link]
Post time 26-3-2023 12:12 PM | Show all posts |Read mode
'Saya nak sangat berjalan, tetapi kos pembedahan belum cukup'


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]





PUTRI Nur Damia (kanan) bersama Zuriani. FOTO Zuliaty Zulkifli.




Alor Setar: Harapan seorang remaja untuk berjalan semula pada sambutan Syawal ini masih belum tercapai apabila kos sebanyak RM48,000 untuk pembedahan kedua belah kakinya belum mencukupi.

Putri Nur Damia Danisha Abdullah, 14, berkata, sebelum ini memasang impian untuk berjalan semula selepas sekian lama bergerak sepenuhnya menggunakan kerusi roda akibat tulang rapuh Osteogenesis Imperfecta Type III' yang dihidapinya sejak lahir.

Katanya, dia sepatutnya menjalani pembedahan memasukkan tulang besi di kedua belah pahanya pada 31 Januari lalu tetapi tertangguh disebabkan tiada wang untuk kos berkenaan.

"Ibu saya sudah meninggal dunia akibat kanser payu dara dua tahun lalu dan saya kini tinggal bersama nenek, Mariam Md Isa, 67, di sini.

"Saya tak tahu nak merayu pada siapa lagi kerana kalau cepat wang dikumpul, lebih cepat pembedahan dilakukan dan saya boleh berjalan semula.

"Saya buntu memikirkan untuk mencari wang bagi membiayai kos rawatan pembedahan yang perlu dibuat segera selain kos lain termasuk sepanjang berada di Hospital Pulau Pinang (HPP) nanti," katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Taman Aman, di sini.

Putri Nur Damia Danisha berkata, selepas kisahnya disiarkan Harian Metro pada 24 Februari lalu, dia hanya menerima sebanyak RM12,000 hasil belas ihsan orang ramai termasuk sumbangan menerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM).

Pelajar pendidikan khas tingkatan dua, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Titi Gajah itu berkata, dia turut berusaha mengumpul wang termasuk menjual barangan kosmetik di media sosial, namun kos belum mencukupi.

"Kalau boleh saya nak berjalan semula dan tak mahu susahkan sesiapa.

"Sepanjang Ramadan ini, saya tidak berhenti berdoa supaya Allah mempermudahkan urusan untuk memperoleh wang bagi menjalani pembedahan," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Putri Nur Damia 0210929000160717.

Sementara itu, Pengerusi CSM, Zuraini Kamal menyerahkan wang RM3,000 yang berjaya dikumpul menerusi program Wacana 'Aku Ingin Hidup' yang diadakan baru-baru ini untuk Tabung Putri Nur Damia yang dilancarkan.

Beliau turut hadir bersama seorang penderma sumbangan, Mohamad Azalizan Mat Salim yang juga antara penderma Tabung Putri Nur Damia, malah akan membantu remaja itu mencari dana.





Disiarkan pada: Mac 26, 2023 @ 11:26am












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2023 12:18 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 12:22 PM | Show all posts
Semoga dipermudah segala urusan adik ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.193668 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list