CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9775|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua beradik mangsa dera masih bersekolah - KPM

[Copy link]
Post time 26-3-2023 04:04 PM | Show all posts |Read mode
Dua beradik mangsa dera masih bersekolah - KPM

oleh  MOHD ISKANDAR OTHMAN26 Mac 2023 03:06pm






Fadhlina (empat dari kiri) ketika merasmikan Program Smart School yang dianjurkan Yayasan AEON dengan kerjasama Yayaysan Didik Negara di Sekolah Kebangsaan Mengkuang pada Ahad.




PERMATANG PAUH - Dua daripada tiga beradik yang dipercayai mangsa dera selepas ditemui dalam keadaan kaki masih berantai di tepi titi, Jalan Kampung Tambun Tulang, Simpang Empat dekat sini pada Jumaat masih lagi bersekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, semakan rekod menunjukkan dua beradik itu hadir ke sekolah namun kes masih dalam siasatan.

“Kita dapati mereka ada yang bersekolah dan kes ini masih dalam siasatan merentas pelbagai kementerian.

“Saya baru dapat makluman mereka memang ada bersekolah di beberapa sekolah sekitar Perlis dan kita akan pastikan perkembangan ketiga-tiga anak ini akan diambil perhatian sepenuhnya sebab mereka sudah diletakkan di institusi jagaan,"katanya ketika ditemui pemberita pada Ahad.

Sebelum itu, Fadhlina menghadiri Program Smart School yang dianjurkan Yayasan AEON dengan kerjasama Yayaysan Didik Negara di Sekolah Kebangsaan Mengkuang, di sini.

Dalam perkembangan sama, Fadhlina berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada agensi dan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan sebelum pihaknya mengambil dan uruskan di peringkat pendidikan.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkantiga beradikdipercayai mangsa dera ditemui dalam keadaan kaki masih berantai di tepi titi, Jalan Kampung Tambun Tulang, Simpang Empat di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, mangsa berusia 13 hingga 16 tahun ditemui oleh orang awam yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada polis.



"Ketika ditemui, dua daripada mangsa dirantai bersama di bahagian kaki, manakala seorang lagi tidak dirantai.

"Mereka dipercayai dikurung dan dirantai di dalam rumah oleh ibu mereka yang tidak tinggal bersama mereka sebelum bertindak melarikan diri kerana tidak tahan diperlakukan sedemikian," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.044150 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list