CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10179|Reply: 3

[Pulau Pinang] Asyraf Wajdi seorang 'banker', layak teraju Mara

[Copy link]
Post time 26-3-2023 08:45 PM | Show all posts |Read mode
Asyraf Wajdi seorang 'banker', layak teraju Mara


Nur Izzati Mohamad
[email protected]






Ahmad Zahid (tengah) beramah mesra dengan penerima kunci rumah kediaman mampu pada Majlis Penyerahan Kunci Skim Perumahan Rakyat (SPR) Taman Kuala Sungai Pinang, pada majlis hari ini. FOTO Danial Saad.




Butterworth: Pelantikan Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) bukan dibuat atas dasar politik, sebaliknya bersandarkan kelulusan dan pengalaman dimilikinya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebelum menyertai politik, Asyraf Wajdi adalah seorang jurubank yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam perbankan Islam.

"Datuk Dr Asyraf Wajdi adalah seorang banker yang mempunyai kepakaran dalam perbankan Islam.

"Beliau bukan hanya seorang ahli politik yang itulah profesionnya (kerjaya pengurus bank) sebelum terjun ke bidang politik... maka rugilah dengan pengalaman dan kelulusan itu, beliau tidak bersama-sama saya untuk bangunkan Mara," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas diminta mengulas berhubung kecaman yang menyatakan pelantikan Asyraf Wajdi disifatkan lantikan politik dan budaya itu masih berterusan pada era kerajaan ketika ini.

Terdahulu, Presiden Umno itu ditemui ketika mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) hari ini.

Mengenai kenyataan Menteri Pengangkutan Anthony Loke berhubung pelantikan ahli politik ke dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Ahmad Zahid berkata, ia berdasarkan garis panduan Kabinet dan mengikut nasihat Perdana Menteri.

"Jangan dilihat kerana seseorang itu memegang jawatan politik, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) umpamanya, tetapi lihat latar belakang dan juga kelulusan serta pengalaman seseorang itu, ia sesuatu yang lumrah yang dilakukan.

"Dalam hal ini, kita tidak akan melantik mana-mana individu yang tidak beri sumbangan pada organisasi diketuainya," katanya.

Asyraf Wajdi dilantik sebagai Pengerusi Mara berkuat kuasa 10 Mac lalu, menggantikan bekas Ahli Parlimen Beaufort, Azizah Muhd Dun yang dilantik memegang jawatan itu sejak 1 Mei 2020.



Disiarkan pada: Mac 26, 2023 @ 6:37pm











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2023 08:56 PM | Show all posts
Noraini dilantik Pengerusi RISDA yang baharu - Zahid


Oleh Nur Izzati Mohamad - Mac 26, 2023 @ 5:41pm [email protected]








BUTTERWORTH: Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang baharu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan pelantikan Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO untuk menerajui badan berkanun itu.

"Ya, saya mengesahkan Noraini Ahmad dilantik sebagai Pengerusi RISDA," katanya secara ringkas ketika diminta mengulas dakwaan lantikan terbabit yang tular di media sosial sejak semalam.

Terdahulu Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) di sini, hari ini.

Untuk rekod, Noraini, 56, sebelum ini pernah memegang jawatan Menteri Pengajian Tinggi.

Selain itu, beliau juga adalah wanita pertama dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi memeriksa dan memantau urusan dan pentadbiran kewangan negara.

Semalam tular di media sosial beberapa keping gambar berserta ucapan tahniah yang mendakwa Noraini dilantik sebagai Pengerusi RISDA yang baharu.




Datuk Seri Dr Noraini Ahmad









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2023 08:57 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
asraf wajdi banker bank mana?
seingat i dia balik mesir dulu giat duk p bagi talk kat budak2 u..tak penah pulak baca dia jadi head kat mana2 bank

talk dia tak best
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.082495 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list