CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2708|Reply: 0

[Kedah] Hidup penoreh umpama kais pagi makan pagi

[Copy link]
Post time 27-3-2023 11:22 AM | Show all posts |Read mode

Faridah terpaksa menangkap ikan bagi dijadikan makanan harian.

SIK: Meskipun industri getah menjadi antara komoditi utama negara yang bernilai berbilion ringgit, keadaan berbeza bagi insan bergelar pekebun getah apabila sebahagiannya hidup upama 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.

Bagi Halimah Abdullah, 53, dia hanya menerima upah menoreh getah RM1 sekilogram secara sistem pawah dan perlu mendapatkan hasil sehingga 500 kilogram bagi meraih pendapatan kira-kira RM500 sebulan.

Katanya, jumlah itu memang mustahil diperoleh, namun dia tidak mempunyai pilihan kerja lain selepas suaminya, Abdul Karim Ishak, 51, diserang angin ahmar tiga tahun lalu.

"Sebelum ini, suami jadi pemandu lori dan mempunyai pendapatan tetap RM1,500 sebulan. Kini saya perlu uruskan dia setiap pagi sebelum keluar menoreh seawal jam 7 pagi.


"Apabila musim hujan, pendapatan kami tidak sampai RM200 sebulan sehingga saya dan suami terpaksa bergantung bantuan zakat RM200 sebulan, selain wang pemberian anak yang bekerja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kota Aur, di sini, baru-baru ini.

Ibu kepada empat anak itu berkata, dia juga tidak pernah membuat sebarang tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kerana hanya pemilik kebun dan pemegang kad pekebun kecil berhak berbuat demikian.

Bagi ibu tunggal, Faridah Wahab, 61, harga getah yang terlalu rendah ketika ini menyebabkan dia terpaksa berikhtiar menanam sayur dan menangkap ikan bagi dijadikan makanan harian.

Ini disebabkan harga getah yang tidak rendah dan tidak menentu sejak beberapa tahun lalu serta faktor cuaca sehingga beliau mampu memperoleh RM300 sebulan dengan hasil menoreh.

"Kebun getah saya pula terletak jauh di atas bukit dan setiap hari saya perlu menunggang motosikal kira-kira 30 minit untuk sampai ke kebun.

"Jika cuaca hujan memang langsung tidak boleh menoreh. Oleh itu untuk tampung makanan harian, saya menjala ikan di sungai berdekatan rumah.

"Jika tidak dapat tangkap ikan, saya makan apa sahaja yang ada," katanya yang tinggal di Kampung Lintang, Belantik.

Keadaan sama menimpa seorang lagi penoreh getah, Sabri Jali, 54, apabila harga getah yang tidak menentu menjejaskan kehidupan hariannya.

Dia yang mengambil upah menoreh mengakui ada kalanya terpaksa berlaukkan ikan masin untuk makanan sekeluarga, termasuk ketika Ramadan.

"Sepanjang musim hujan baru-baru ini, saya terpaksa berhutang dengan peniaga getah sekerap untuk membeli barangan keperluan kerana saya hanya mengambil upah menoreh di kebun orang dan hasilnya perlu dibahagi dua.

"Saya harap kerajaan boleh lakukan sesuatu untuk bantu penoreh kerana harga tidak pernah stabil," kata bapa kepada tiga anak itu yang hanya mampu mendapat RM350 sebulan daripada hasil menoreh.

https://www.bharian.com.my/berit ... ais-pagi-makan-pagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.047619 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list