CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3324|Reply: 0

[Perlis] Lelaki dera anak tiri positif dadah

[Copy link]
Post time 28-3-2023 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Arau: Lelaki yang ditahan kerana disyaki mendera anak tirinya berusia enam tahun di Taman Alor Lanchang, Jejawi didapati berada di bawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, susulan itu, suspek berusia 34 tahun itu turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selain Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Ujian saringan dilakukan mendapati dia positif methaphathamine dan siasatan awal kita mendapati mangsa adalah anak sulung daripada tiga beradik, yang mana dia dan anak kedua adalah anak tiri kepada suspek.

"Mangsa mendedahkan bahawa dirinya dipukul suspek disebabkan tidak menuruti kata bapa tirinya itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan kesihatan dilakukan menemui kesan parut lama pada bahagian belakang kedua-dua belah tangan, selain lebam di paha.

Ahmad Mohsin berkata, isteri suspek turut didakwa menjadi mangsa penderaan namun doktor mengesahkan tiada kesan kecederaan atau parut pada badan wanita itu mahupun dua adik mangsa.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki direman hingga 30 Mac bagi membantu siasatan kes dera membabitkan anak tirinya.

Kanak-kanak itu disedari didera oleh guru tadikanya yang melihat kesan lebam dan berbirat seolah dirotan pada badan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tiri-positif-dadah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.039209 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list