CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2361|Reply: 0

[Kedah] Bumbung rumah diterbangkan ribut

[Copy link]
Post time 28-3-2023 02:58 PM | Show all posts |Read mode
Bumbung rumah diterbangkan ribut





oleh   ROSHILA MURNI ROSLI  28 Mac 2023   02:25pm





Abdul Rahim dan Badariah menunjukkan bumbung rumah mereka yang diterbangkan ribut dalam kejadian petang Isnin.





YAN - Sepasang suami isteri di Kampung Padang Belakang Bernas, Kota Sarang Semut di sini terkejut apabila melihat rumah mereka 'lopong' selepas bumbung rumah diterbangkan ribut dalam kejadian pada petang Isnin.
Pesawah, Abdul Rahim Abdullah, 60 berkata ketika kejadian dia tiada di rumah manakala isterinya, Badariah Bakar, 58, pula keluar mengambil cucu mereka pulang sekolah.

Katanya, kejadian pada jam 5.40 petang itu hanya disedari selepas dimaklumkan sepupunya yang tinggal berdekatan rumah.

"Dia telefon suruh saya balik tengok rumah, bumbung rumah dah terbang dia kata, saya yang terkejut terus balik ke rumah.

"Masa sampai di rumah hujan dah berhenti, tapi tengok bumbung rumah tak ada angin bawa sampai ke belakang rumah jiran," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini pada Selasa.

Menurutnya, selama 60 tahun tinggal di rumah dua tingkat terbabit, ini merupakan kejadian pertama mereka dilanda ribut sehingga menyebabkan kerosakan teruk.

"Televisyen dan dinding bilik pun rosak, dengan puasa nak raya lagi saya rasa banyak belanja kena keluar untuk baiki balik rumah kami," katanya.






Mohd Azam melihat barang keperluan yang disumbangkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di surau Kampung Tualang di sini.





Abdul Rahim yang tinggal berdua bersama isteri di rumah berkenaan berkata, anak-anak mereka juga sudah membuat perancangan untuk pulang beraya di rumah itu pada tahun ini.

"Semua sekali dah setuju nak balik berkumpul di rumah kami raya ini, tapi dah jadi mcm ini, mungkin anak-anak pun terpaksa batal perancangan tu," katanya yang menanggung kerugian ribuan ringgit akibat kejadian berkenaan.

Bagi suri rumah, Pairus Mehat, 48, kejadian terbabit turut menjejaskan bahagian bumbung ruang tamu rumahnya yang terlipat naik.



Rumah Abdul Rahim dan Badariah yang rosak akibat dibadai ribut.





Katanya, ketika kejadian, dia sedang memasak di dapur untuk persediaan berbuka puasa.

"Tiga orang anak ada di ruang depan masa kejadian tetapi mereka sempat lari selamatkan diri.

"Tapi kejadian berlaku cepat sangat kami pun terkejut tak sempat nak selamatkan televisyen dan barang-barang lain," katanya.

Pairus berkata, dia berharap ada pihak yang akan tampil menghulurkan bantuan untuk membaiki kerosakan yang berlaku.

"Runsing juga fikir, dengan nak raya lagi, kami pun tak ada wang simpanan nak baiki kerosakan ni, jadi harap ada la pihak yang sudi bantu kami," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat berkata, pihaknya akan menyegerakan bantuan kepada mangsa yang terjejas.

Katanya, mengikut bancian yang dilakukan, sebanyak 35 buah rumah mengalami kerosakan yang rata-ratanya melibatkan kerosakan bumbung.



Pairus bersama suaminya, Abdul Latif Abdullah, 51 menunjukkan bahagian ruang tamu rumah mereka yang terjejas.





"Ada juga rumah yang ditimpa pokok, bagi kerosakan yang sedikit, Insya -ALLAH kita akan percepatkan dengan kaedah gotong royong.

"Bagi kerosakan yang besar, kita akan bawa maklumat ke agensi berkaitan dan kerajaan negeri agar bantuan dapat disegerakan," katanya.

Beliau menambah, usaha-usaha pembaikan akan dimulakan dalam minggu pertama, agar dapat disiapkan sebelum Hari Raya Aidilfitri.

"Walau bagaimanpun, semua ini bergantung kepada perolehan dana serta pembekalan barangan pembaikan," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.274366 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list