CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10178|Reply: 0

[Kedah] Penoreh terpaksa bergolok-bergadai untuk teruskan kehidupan

[Copy link]
Post time 28-3-2023 07:11 PM | Show all posts |Read mode
Penoreh terpaksa bergolok-bergadai untuk teruskan kehidupan


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Mac 28, 2023 @ 5:25pm [email protected]






Penoreh getah, Zaidi Abdullah. - Foto NSTP/NOORAZURA ABDUL RAHMAN




KUALA NERANG: Harga getah yang rendah dan harga racun serta baja pokok getah yang tinggi ketika ini menyebabkan ada pekebun kecil memilih membiarkan kebun mereka dipenuhi rumput serta semak-samun.

Penoreh, Zaidi Abdullah, 48, berkata harga getah kekal sekitar RM2.30 sekilogram menyebabkan hasil jualan yang diperoleh tidak seberapa dan tidak mampu mendapatkan racun serta baja berkualiti bagi menggalakkan pengeluaran susu.

Beliau berkata, lebih memburukkan keadaan apabila cuaca juga tidak menentu, terutama bila tiba musim kemarau yang menyebabkan susu getah berkurangan sehingga ada penoreh 'menggantung pisau'.

"Terus terang saya kata, hasil jual getah memang tak cukup untuk tampung kos beli baja dan racun. Harga getah pula tak banyak berubah, ada masa RM2.30, ada masa turun RM2.20, sedangkan harga racun dan baja naik setiap tahun.

"Awal tahun lalu, musim hujan, kami tak dapat keluar menoreh dan sekarang, musim kemarau, susu getah jadi kurang.

"Daripada 1.6 hektar kebun, saya hanya dapat menoreh separuh sahaja, selebihnya terpaksa dibiarkan," katanya kepada BH.

Berkongsi lanjut, Zaidi berkata, keadaan itu menyebabkan pendapatan bulanannya tidak menentu.

"Saya hanya dapat kira-kira RM300 sebulan pada musim cuaca buruk dan kira-kira RM500 jika cuaca elok.

"Kehidupan keluarga saya memang tidak kenal maksud senang. Mujur isteri ada berniaga kecil-kecilan membuat kerepek dan kuih kering, cukuplah bagi tampung belanja dapur kami," katanya.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya mengkaji harga jualan getahbagi memastikan ia seimbang dengan kos ditanggung pekebun, selain dapat menampung kesan kenaikan harga barangan.

"Saya harap kerajaan dapat mempertingkatkan hasil penoreh. Di Padang Terap ini, kita ada projek Kedah Rubber City (KRC), tapi apa faedahnya KRC jika pendapatan penoreh tak seberapa," katanya.

Perkara sama dikongsi Sarimah Ismail, 58, yang berkata kehidupan keluarga penoreh getah bertambah sukar sejak berlaku kenaikan harga barangan sehingga ada yang terpaksa bergolok-bergadai.

"Kami sedaya upaya cuba menoreh setiap hari, tapi apabila cuaca hujan atau kemarau, memang hasil jadi tak menentu. Ketika itu, kami nak ambil duit di mana? Puas meminjam dan berhutang, malah ada tahap terpaksa ke pajak gadai.

"Disebabkan itu, saya cuba kumpul getah sekerap. Jika harga elok, saya akan jual sikit untuk beli barangan dapur. Kalau tak kumpul, memang tak berasap dapur keluarga," katanya yang tinggal di Kampung Pisang, di sini.

Masalah sama dihadapi Mohd Nizam Razali, 46, apabila beliau hanya dapat menoreh secara pawah dan perlu membahagi hasil jualan getah dengan pemilik kebun.

Beliau juga terpaksa melakukan kerja sampingan lain untuk menampung perbelanjaan keluarga dan persekolahan anak.

"Pendapatan teruk sekarang ini. Bulan ini, baru sekali jual (getah), dapatlah RM300, tetapi kena bahagi dua dengan pemilik kebun...dapatlah RM150 sebulan.

"Saya buat kerja lain seperti tabur baja, menebas dan meracun, kalau tidak memang tak cukup. Anak seorang pun tak cukup, apatah lagi kalau anak ramai empat lima orang," katanya dari Kampung Barokhas, di sini.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.286162 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list