CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2464|Reply: 0

[Kedah] Suri rumah terlantar derita kanser saraf

[Copy link]
Post time 29-3-2023 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Suri rumah terlantar derita kanser saraf

oleh  WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR 29 Mac 2023  07:15am

Haslinda (kanan) tidak mampu untuk bermain dengan anaknya, Mohamad Afiq Akmal kerana terlantar. Turut kelihatan Salmiah.




JERLUN - Berat dugaan yang dihadapi oleh seorang suri rumah apabila disahkan menghidap kanser saraf pada September tahun lalu dan lebih memilukan apabila menyambut Ramadan di atas katil kali ini.

Haslinda Hashim, 32 kini hanya mampu terlantar sahaja dan memerlukan bantuan suami serta ibu bapa bagi menguruskan dirinya.

Pada awalnya dia hanya berasa sakit di seluruh badan sebelum ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

"Saya terkejut selepas melakukan Pengimejan resonans magnetik (MRI), doktor pakar memaklumkan saya menghidap kanser di saraf tunjang sebelum dirujuk ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan radioterapi.

"Selepas membuat radioterapi pertama, saya boleh berjalan lagi tapi selepas bulan November lalu, kaki tiba-tiba rasa lemah. Mula-mula sebelah kaki sahaja rasa lemah lepas itu lama-kelamaan sudah tidak boleh berjalan," katanya semasa ditemui di Kampung Pida 5, Kodiang baru-baru ini.



Zuraini (tiga kiri) hadir menyampaikan sumbangan tunai dan kerusi roda khas untuk membantu Haslinda yang terlantar di rumah keluarganya di Kampung Pida 5, Kodiang.





Dia berkata demikian selepas menerima kehadiran Pengerusi Persatuan Cancer Survivor Malaysia, Zuraini Kamal yang menyampaikan bantuan tunai dan sebuah kerusi roda khas.

Kata Haslinda, suaminya, Mohammad Rizuwan Saad, 36, bekerja sebagai juruelektrik dengan pendapatan RM1,200 sebulan dan tidak mampu menampung kos rawatan terutamanya semasa mendapatkan rawatan di Pulau Pinang.




Menurutnya, kos perbelanjaan dia sahaja seperti susu khas, ubat dan lampin pakai buang mencecah RM1,000 sebulan.

"Saya sebak setiap kali anak, Mohammad Afiq Akmal Mohammad Rizuwan, 4, mengajak saya keluar untuk bermain di luar rumah.

"Tapi saya tidak dapat bangun dan minta ibu bapa saya temankan dia. Saya kata mama sakit tak boleh bangun," ujarnya lagi.

Sementara itu, ibu Haslinda, Salmiah Omar, 61, berkata, sumbangan kerusi roda khas oleh CSM dapat membantu meringan mereka untuk menguruskan anaknya itu.

Disebabkan oleh faktor umur yang semakin uzur, dia tidak mampu mengangkat Haslinda untuk mandi atau ke bilik air.

"Jika suami Haslinda ada, dia yang akan uruskan semua tapi bila dah keluar kerja, makcik dan pakcik yang akan bantu uruskan anak kami.

"Kami akan bantu alihkan badan dan menguruskan dia setiap hari di atas katil termasuk menyediakan makanan kerana Haslinda sukar untuk bergerak," kata Salmiah.

Kepada mereka yang mahu membantu, boleh menghulurkan sumbangan ke Bank Simpanan Nasional (BSN) Haslinda Hashim (0213441000075256) atau menghubunginya di talian 017-5817901.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.112519 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list