CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2456|Reply: 0

[Kedah] 3 ditahan guna senjata api, busur buatan sendiri buru haiwan

[Copy link]
Post time 29-3-2023 11:24 AM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR: Tiga lelaki ditahan polis kerana disyaki menggunakan senjata api dan busur buatan sendiri untuk memburu di kawasan Padang Terap sebagai sumber pendapatan mereka.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari berkata, ketiga-tiga suspek tempatan berusia 20 hingga 32 tahun itu ditahan di dua rumah berasingan di daerah itu oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan

Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada 21 Mac lalu.

Beliau berkata, serbuan dan tangkapan dilakukan berdasarkan hasil maklumat dan risikan orang awam.


"Susulan daripada itu, polis merampas dua laras senapang patah, peluru hidup dan busur buatan sendiri yang dipercayai digunakan untuk memburu hidupan liar di kawasan berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Sek 8 Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

"Setakat ini, dua daripada tiga suspek yang ditahan sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Alor Setar pada 27 Mac lalu," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

https://www.bharian.com.my/berit ... sendiri-buru-haiwan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.380251 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list