CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4388|Reply: 0

[Kedah] Bidaan sesama peniaga punca harga tapak bazar di Jitra 'melangit'

[Copy link]
Post time 29-3-2023 04:56 PM | Show all posts |Read mode
Bidaan sesama peniaga punca harga tapak bazar di Jitra 'melangit'


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]





Bazar Aidilfitri di Bandar Darul Aman Jaya yang dikatakan mencecah melebihi RM25,000 disebabkan peniaga membuat bidaan untuk mendapatkan tapak berniaga. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI




Jitra: Harga mahal tapak bazar Aidilfitri di Bandar Darul Aman Jaya di sini, dipercayai berlaku apabila peniaga membuat bidaan bagi mendapatkan tapak berkenaan.

Semalam, tular di laman sosial apabila ada peniaga mengeluh harga bidaan tapak bazar di negeri itu dibida melebihi RM25,000 untuk satu tapak.

Peniaga mendakwa terkejut dan mengeluh apabila harga tapak yang dibida melebihi RM25,000, dengan yang paling tinggi berharga RM27,500 bagi satu tapak.

Bagaimanapun, tinjauan ke lokasi terbabit mendapati, peniaga tidak menyalahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana sudah dimaklumkan lebih awal berkaitan hal itu.

Peniaga mendakwa, bekalan elektrik, khemah serta kawalan daripada anggota Rela tidak disediakan dan bayaran sebanyak itu hanya untuk tapak berniaga.

Peniaga pakaian wanita, Normazura Mahazir, 40, berkata, ini kali ketiga dia berniaga di Bazar Aidilfitri Yawata dan mengakui harga bidaan itu dibuka oleh peniaga sendiri.

"Saya tidak salahkan Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) yang meletakkan harga tapak yang tinggi, tetapi ia hasil bidaan daripada peniaga sendiri.

"Walaupun membayar tapak pada harga tinggi namun saya berpuas hati kerana boleh berniaga lagi di sini, cuma pada awal Ramadan, perniagaan agak perlahan sedikit mungkin disebabkan ramai yang berhabis untuk kelengkapan persekolahan anak-anak," katanya ditemui semalam.

Habibah Yaakob, 53, berkata, peniaga bersetuju untuk membayar dengan jumlah bidaan kerana masing-masing mahu mendapatkan tapak berniaga.

Katanya, peniaga terpaksa menyewa khemah serta mendapatkan bekalan elektrik yang dibayar secara berasingan dalam tempoh sebulan.

"Kalau kami peniaga tidak lawan bidaan, kami tidak dapat apa pun," katanya.

Sementara itu, MPKP pada kenyataan berkata, pihaknya menyediakan 32 tapak di Bazar Aidilfitri berkenaan melalui kaedah bidaan terbuka.

Katanya, harga bidaan tapak bermula dengan RM3,000 dengan kenaikan RM500.

"Pembida sudah pun dimaklumkan bahawa harga tawaran tapak karnival ini tidak termasuk perkhidmatan khemah, bekalan elektrik malah keselamatan barang jualan di bawah tanggungan peniaga sendiri.

"Harga bidaan yang dibida sendiri oleh peniaga itu kemudian ditular. Harga setiap tapak itu ditentukan sendiri oleh peniaga yang berminat dan MPKP hanya menawarkan sewa tapak sahaja, tanpa perkhidmatan khemah dan elektrik," katanya.

MPKP selaku penganjur Karnival Aidilfitri Bandar Darul Aman Jaya 2023 akan berusaha memastikan penganjuran jualan sementara ini berjalan lancar.

Disiarkan pada: Mac 29, 2023 @ 3:00pm









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.439980 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list