CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5102|Reply: 0

Damok raih lima mata berharga di Argentina

[Copy link]
Post time 3-4-2023 02:52 PM | Show all posts |Read mode

DAMOK mengutip lima mata dalam GP Argentina selepas menamatkan perlumbaan di tangga ke-11.



PETALING JAYA: Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman tidak perlu menunggu lama untuk membuktikan penyertaannya dalam Kejuaraan Motosikal Dunia bukan keputusan silap, apabila mengutip lima mata berharga seawal pusingan kedua  Grand Prix Argentina malam tadi.

Pelumba muda berusia 21 tahun itu yang lebih dikenali sebagai Damok menamatkan perlumbaan di Litar Termas de Rio Hondo di tangga ke-11 dengan catatan masa 35 minit 32.132 saat.

Pelumba Jepun, Tatsuki Suzuki menjuarai perlumbaan dengan catatan terpantas 35:18.099s, manakala tempat kedua milik rakan sepasukan Damok dari Brazil, Diogo Moreira (35:22.670s) dan Andrea Migno dari Itali ketiga (35:22.798s).

Bergelut dalam perlumbaan pembukaan musim di Portugal, hujung minggu lalu, yang menyaksikan Damok hanya melengkapkan saingan di tempat ke-22, anak jati Selangor itu tidak menunggu lama untuk bangkit bagi membalas kepercayaan yang diberikan pasukannya.

Bernaung di bawah pasukan MTHelmets_MSi, Damok melahirkan rasa syukurnya berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-11.


DAMOK terpaksa berlumba di atas trek basah pada Grand Prix Argentina di Litar Termas de Rio Hondo, Argentina malam tadi. – IHSAN ZK Racing

“Dengan keadaan litar yang agak basah, saya akui agak sukar kerana trek sangat licin dan beberapa pelumba di hadapan saya terjatuh membuatkan perlumbaan bertambah sukar.

“Saya amat gembira kerana dapat menghabiskan perlumbaan, sekali gus meraih tempat ke-11,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ZK Racing.

Kali pertama berlumba di Litar Termas de Rio Hondo, Damok berterima kasih kepada krew pasukannya yang bekerja keras membantu menyiapkan jenteranya.

“Saya ingin berterima kasih kepada pasukan saya yang bertungkus lumus dalam perlumbaan kali ini dan tak lupa buat semua penaja saya. Jumpa anda di Austin nanti,” ujarnya.

Kejayaan Damok mengutip lima mata menyaksikan anak muda tersebut kini menghuni kedudukan ke-17 keseluruhan dalam senarai pelumba Moto3 dengan Daniel Holgado dari Sepanyol berada di tempat pertama (38 mata) dan tangga kedua serta ketiga menjadi milik Moreira (36 mata) dan Suzuki (27 mata). – UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/sukan/ ... harga-di-argentina/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.045628 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list