CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4005|Reply: 1

[Pulau Pinang] Ahli Parlimen Bukit Mertajam bantu selesaikan kebuntuan kewangan 'Kak Ina'

[Copy link]
Post time 3-4-2023 07:15 PM | Show all posts |Read mode
Ahli Parlimen Bukit Mertajam bantu selesaikan kebuntuan kewangan 'Kak Ina'


Oleh Nur Izzati Mohamad - April 3, 2023 @ 5:44pm [email protected]




Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong membantu wanita dikenali ‘Kak Ina’ yang buntu hidup bergelumang dengan hutang sehingga disenarai hitam pihak bank. - Foto FB Steven Sim Chee Keong




BUKIT MERTAJAM: Kebuntuan seorang wanita yang tidak mampu melunaskan hutang RM15,000 sehingga disenarai hitam pihak bank mendapat perhatian Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong.

Wanita yang dikenali sebagai 'Kak Ina' itu hanya memperoleh pendapatan antara RM800 hingga RM1,000 sebulan melalui kerja penghantaran bunga yang dilakukan bersama suaminya.

Disebabkan pendapatan yang tidak mencukupi menyebabkan dia tidak mampu membayar hutang bank termasuk hutang sewa beli rumah serta pelbagai bil yang mencecah puluhan ribu ringgit.

Simpati dengan nasib wanita itu mendorong Steven Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga berkenaan.

Menerusi perkongsian di laman sosial Facebook (FB) miliknya, Steven Sim berkata, wanita itu berulang alik dari pulau ke Bukit Mertajam sebanyak 25 kali sehari bersama suaminya untuk menghantar bunga demi sesuap nasi.



Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong membantu wanita dikenali ‘Kak Ina’ yang buntu hidup bergelumang dengan hutang sehingga disenarai hitam pihak bank. - Foto FB Steven Sim Chee Keong

"Ibu mentua saya baru meninggal dunia. Semasa majlis pengkebumian, saya kagum dan terharu lihat kegigihan Kak Ina, yang buat delivery (penghantaran) karangan bunga pengkabungan sebanyak 25 trip (perjalanan) dari pagi sampai malam.

"Apatah daya, Kak Ina hanya pandu sebuah kereta wira yang usang dan kecil yang tak dapat muat banyak karangan bunga pada satu masa," katanya.

Beliau yang sedih mendengar kisah wanita itu yang terpaksa berhutang ketika menjaga ibunya yang uzur.

"Kak Ina sendiri kurang sihat tapi terpaksa berhutang sebab nak jaga ibu yang uzur. Kini ibu tersayang sudah tiada, tapi hutang masih mengikat hidup.

"Kadang kala duit makan pun tak ada. Bukan sebab Kak Ina malas bekerja tapi hidup terperangkap dalam kitaran hutang menyebabkan Kak Ina tak dapat meningkatkan keupayaan bekerja yang akhirnya menyebabkan Kak Ina buntu" katanya.

Steven Sim berkata, bagi meredakan kebuntuan wanita itu beliau membantu melangsaikan hutang RM15,000 dengan pihak bank supaya wanita terbabit dikeluarkan dari senarai hitam seterusnya membolehkannya memulakan kehidupan baharu.

Beliau berkata, rakan-rakannya juga sudi membantu wanita itu apabila menaja sebuah van terpakai dan mengambilnya bekerja sebagai penghantar bunga sambilan dengan pendapatan antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan jika dapat bekerja bersungguh-sungguh.

"Di bulan Ramadan yang mulia ini, saya harap usaha kerdil saya akan memberikan kehidupan baru kepada Kak Ina, selebihnya Kak Ina kena berusaha sendiri," katanya.

Usaha murni yang dilakukan Steven Sim mendapat perhatian warganet yang terharu dengan keprihatinan wakil rakyat itu yang membantu sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama.

Rata-rata mereka berterima kasih kerana masih menjadi wakil rakyat sama yang tidak pernah lupa akan tanggungjawab walaupun kini sibuk selepas memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan II.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2023 10:48 AM | Show all posts
Semoga dipermudah urusan. Terima kasih orang baik bantu dia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.761758 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list