View: 2071|Reply: 0
|
Amer takluk Litar Bira Pattaya
[Copy link]
|
|
Aksi Amer ketika perlumbaan Cabaran Rotax Max Thailand 2023.
KUALA LUMPUR: Pelumba go-kart negara, Amer Harris Jefry mendapat tonik terbaik sebelum beraksi pada Siri Kejuaraan Go-Kart Jerman (DKM) bermula 21 April ini apabila muncul juara Cabaran Rotax Max Thailand 2023, semalam.
Amer, 20, yang mewakili pasukan Simon Racing Thailand mengatasi 19 pelumba lain dalam kategori 125 Senior untuk mengungguli perlumbaan yang berlangsung di Litar Bira Pattaya itu.
Bapa Amer, Jefry Talib, berkata perlumbaan di Thailand dianggap sebagai pemanas badan buat itu sebelum menyertai siri perlumbaan DKM yang menyaksikan dia bakal beraksi dalam kategori KZ.
"Secara keseluruhannya, dia menunjukkan prestasi yang baik. Ini boleh dianggap sebagai sebahagian persiapan untuk Amer sebelum dia bersaing dalam perlumbaan DKM yang akan berlangsung dalam tempoh dua minggu lagi.
"Jadi, kejayaan di Thailand ini menjadi pembakar semangat buat Amer untuk mempamerkan prestasi terbaik sekali gus menghasilkan keputusan yang positif dalam perlumbaan di Jerman nanti," katanya.
Di Jerman, Amer akan menggalas cabaran pasukan yang berpangkalan dari Perancis, Factory Team SODI.
BH Sukan pada September tahun lalu melaporkan Amer berjaya memikat hati dua pasukan Eropah yang menawarkannya tempat untuk bersaing dalam perlumbaan musim penuh bagi kategori KZ berdasarkan bakat yang dimilikinya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -litar-bira-pattaya |
|
|
|
|
|
|
| |
|