View: 233|Reply: 0
|
MotoGP: Bastianini terdesak kembali berlumba di GP Americas
[Copy link]
|
|
BASTIANINI terdesak untuk turun beraksi di GP Americas selepas gagal beraksi dalam dua perlumbaan awal musim ini akibat kecederaan. – AFP
LONDON – Pelumba Itali, Enea Bastianini perlu menjalani ujian terlebih dahulu bersama pasukan Ducati sebelum diberi ‘lampu hijau’ untuk turun bersaing GP Americas pada 14 April nanti.
Bastianini sebelum ini direhatkan selepas terjatuh pada perlumbaan pecut pada aksi pembukaan Grand Prix (GP) Portugal 26 Mac lalu.
Selepas melakukan pemeriksaan Bastianini mengalami kecederaan bahu dan menyebabkan dia terlepas perlumbaan di GP Argentina.
Meskipun Bastianini tidak melakukan sebarang pembedahan akibat kecederaan tersebut, namun pelumba berusia 25 tahun itu perlu membuktikan bahawa keadaan dirinya benar-benar cergas sebelum dibenarkan turun ke Amerika Syarikat.
Bastianini dikatakan terdesak untuk mencari mata pertamanya selepas perlumbaan pecut yang diperkenalkan musim ini menjanjikan pungutan mata.
Jika Bastianini terlepas satu lagi perlumbaan ia akan memberi masalah kepadanya untuk berjuang dalam perebutan gelaran dunia musim ini.
Ketika ini, perebutan gelaran dunia MotoGP 2023 semakin mencabar apabila Marco Bezzecchi (VR46 Racing Team) mendahului carta kedudukan pelumba dengan 50 mata selepas melakukan kejutan muncul juara di GP Argentina.
Juara musim lalu, Francesco Bagnaia jatuh tangga kedua selepas gagal menamatkan perlumbaan di Argentina sekali gus ketinggalan sembilan mata di belakang Bezzecchi. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... mba-di-gp-americas/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|