View: 416|Reply: 1
|
[Pulau Pinang]
'Jiran warga asing tak jaga kebersihan, mandi di luar rumah'
[Copy link]
|
|

Sebahagian wakil penduduk menunjukkan pekerja asing menghuni tujuh unit kediaman jenis teres tiga tingkat yang dijadikan asrama di taman perumahan mereka sejak Ogos tahun lalu di Taman Sungai Ara, Bayan Lepas hari ini. - Foto NSTPMIKAIL ONG
BAYAN LEPAS: Lebih 200 penduduk di Jalan Sungai Ara 1 dan Jalan Sungai Ara 10 di sini, mengeluh apabila tujuh unit kediaman teres tiga tingkat di taman perumahan mereka dijadikan asrama pekerja asing sejak Ogos tahun lalu.
Wakil penduduk, B Geetha, 43, mendakwa warga asing terdiri lelaki dan wanita itu tidak menguruskan sampah dengan baik, termasuk membuang sisa makanan di belakang rumah menyebabkan kawasan berhampiran menjadi kotor dan berbau busuk.
"Mereka juga gemar membasuh pakaian, selain membersihkan ikan dan ayam di luar rumah dan bagi penghuni lelaki pula mereka turut mandi di situ.
"Selain itu, ada juga penghuni lelaki warga asing yang gemar keluar rumah dan bersantai di taman permainan tanpa memakai baju dan ia menyebabkan penduduk bimbang untuk membiarkan anak keluar bermain di luar rumah," katanya kepada pemberita hari ini.
Ibu kepada empat anak itu berkata, pada peringkat awal hanya terdapat satu unit rumah dijadikan asrama dan kini bilangannya meningkat kepada tujuh dalam tempoh kurang setahun.
"Saya juga mendapat tahu ada di antara unit rumah yang dijadikan asrama pekerja asing ini memuatkan sehingga 32 orang dan mereka suka buat bising dan bercakap dengan suara kuat tidak kira siang atau malam.
"Bagi penghuni wanita, ada yang bawa rakan termasuk teman lelaki dan mereka ini ada masanya datang pada waktu malam dengan motosikal atau kereta serta parkir di hadapan rumah penduduk," katanya.
Sementara itu, Ooi Seng Kong, 58, berkata pihaknya tidak menolak kepentingan pekerja asing terutama dalam sektor perkilangan, tetapi tindakan mewujudkan asrama di taman perumahan penduduk bukan satu langkah yang bijak.
"Kami berharap kerajaan negeri dapat membantu penduduk di sini untuk menyelesaikan isu dan pada November lalu kami sudah menyalurkan aduan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), tetapi belum mendapat maklum balas daripada pihak terbabit," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... mandi-di-luar-rumah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kesian nya..mesti stress dorang ni |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|