CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 272|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bunyi mercun sahaja sudah menggembirakan Ikhwan

[Copy link]
Post time 12-4-2023 03:49 PM | Show all posts |Read mode
Bunyi mercun sahaja sudah menggembirakan Ikhwan


Noor Hidayah Tanzizi
[email protected]



IKHWAN bersama ibunya.




Nibong Tebal: Kemeriahan Aidilfitri yang bakal menjelang tetap dirasai remaja ini biarpun menanggung ujian getir akibat kanser otak tahap empat yang meragut deria penglihatannya hampir setahun lalu.

Walau tidak mampu melihat, Muhammad Ikhwan Shahizan, 15, masih mampu tersenyum dan mempamer keseronokan setiap kali terdengar bunyi mercun di luar rumah.

Bapanya, Shahizan Awang, 57, berkata, anaknya itu disahkan menghidap kanser otak pada April 2022 selepas kerap sakit belikat dan kepala.

Menurutnya, mereka sekeluarga reda dengan takdir itu, namun hiba mengenangkan zaman remaja Muhammad Ikhwan yang aktif sebelum ini diragut sekelip mata.

"Luluh hati kami apabila mendapat berita penyakit Muhammad Ikhwan tetapi kami usaha membawanya menjalani rawatan. Anak juga sudah menjalani pembedahan di kepala tahun lalu dan sejak itu, penglihatan kedua-dua matanya terus 'gelap'.

"Dia juga sedang menjalani kemoterapi yang berbaki empat pusingan lagi. Keadaannya baik cuma dia kurang selera makan dan selalu muntah," katanya yang tinggal di Kampung Tasik Cempedak, di sini ketika dihubungi Harian Metro.

Shahizan berkata, keluarga mereka turut diuji apabila isterinya, Minah Dahaman, 52, diserang angin ahmar yang melumpuhkan bahagian kanan badan ketika menguruskan Muhammad Ikhwan pada Ogos lalu.

"Keadaan isteri semakin baik dan kami berikhtiar dengan mengurut. Dalam keadaan begitu pun isteri masih mahu memberi perhatian kepada anak yang menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang.

"Jadi persiapan Aidilfitri kami sederhana saja, asalkan keperluan Muhammad Ikhwan mencukupi. Dia gembira apabila mendengar bunyi mercun dan bunga api kerana ketika sihat dulu dia selalu main bunga api," kata bapa kepada lapan anak itu.

Shahizan menyara keluarganya dengan menjual pisang goreng di Taman Tasik Maju di sini, dan memperoleh pendapatan bersih antara RM50 hingga RM60 sehari, selain dibantu anak.

Katanya, bantuan zakat diterima isterinya sebanyak RM350 dan Muhammad Ikhwan RM400 dimanfaatkan untuk keperluan rawatan serta barang keperluan kedua-duanya.

"Muhammad Ikhwan sekarang hanya minum susu dan makan nestum saja. Sebulan dia memerlukan lima tin susu yang berharga RM90 setin dan demi mereka, biarpun saya tidak sihat, saya akan tetap gagahkan diri berniaga," katanya.

Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalur sumbang ke akaun Bank Simpanan Nasional 0712729000112734 atas nama Shahizan Awang.



Disiarkan pada: April 12, 2023 @ 2:21pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.053230 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list