CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 236|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jenazah tentera hilang di Hutan Belum akan dikebumikan di kampung halamannya

[Copy link]
Post time 12-4-2023 05:11 PM | Show all posts |Read mode
Jenazah tentera hilang di Hutan Belum akan dikebumikan di kampung halamannya


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



JENAZAH Mohammad Nasri akan dikebumikan di kampung halamannya di Pulau Mertajam Penaga. FOTO Facebook Reezal Merican Naina Merican




Kepala Batas: Jenazah anggota tentera yang hilang di Hutan Simpan Belum di Gerik, Perak, Jumaat lalu akan dikebumikan di kampung halamannya di Pulau Mertajam, Penaga, di sini.

Berita itu dikongsikan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam hantaran yang dibuat di laman media sosial Facebook (FB) miliknya hari ini.

Menurut Reezal Merican, Allahyarham Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib adalah anak kepada Ketua Wanita UMNO Cawangan Pengkalan Sena, Fadzilah Bakar.

"Urusan membawa pulang jenazah sedang diuruskan pihak tentera sebelum jenazah dikebumikan di kampung halamannya di Pulau Mertajam Penaga.

"Takziah diucapkan kepada Ketua Wanita Cawangan Pengkalan Sena, Fadzilah Bakar dan keluarga di atas pemergian anakanda tercinta. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman," katanya.

Difahamkan, Mohammad Nasri adalah satu-satunya anak Fadzilah, yang mana Allahyarham sudah berumahtangga dan menetap di Bentong, Pahang.

Jumaat lalu, Mohammad Nasri dilaporkan hilang
di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum, dekat Gerik, Perak ketika menjalankan tugas operasi.

Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memaklumkan anggota tentera berusia 33 tahun itu dari Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Bentong, Pahang.

Katanya, siasatan awal polis mendapati, kejadian kehilangan berlaku pada jam 5 petang semasa mangsa bersama lima anggota lain menjalankan operasi di kawasan penugasan.



Disiarkan pada: April 12, 2023 @ 4:12pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.057799 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list