CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 327|Reply: 0

[Perlis] Sebutan semula kes anggota polis bunuh isteri pada 12 Mei

[Copy link]
Post time 14-4-2023 02:33 PM | Show all posts |Read mode
Sebutan semula kes anggota polis bunuh isteri pada 12 Mei


BERNAMA



MOHAMAD Nizarman. FOTO arkib



Kangar: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menetapkan 12 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes anggota polis berpangkat Lans Koperal yang dituduh membunuh isterinya pada 5 Mac lalu.

Majistret Ana Rozana Mohd Nor membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan Pengarah Pendakwaan Perlis Mohd Nordin Ismail supaya tarikh baharu sebutan semula kes itu ditetapkan kerana pihaknya masih menunggu laporan psikiatrik Mohamad Nizarman Hassim, 27, yang belum siap sepenuhnya.

Pada 17 Mac lalu, Mahkamah Majistret yang sama mengarahkan tertuduh menjalani pemeriksaan mental di hospital psikiatri selepas mahkamah membenarkan permohonan Mohd Nordin supaya tertuduh menjalani pemeriksaan itu mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Mohamad Nizarman dituduh membunuh Safsufarnisya Salleh, 26, di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Kangar antara 6.45 pagi hingga 8.50 pagi pada 5 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, media melaporkan tertuduh dipercayai membunuh isterinya dengan menembak dalam kejadian di dalam sebuah bilik kediaman keluarga mangsa.



Disiarkan pada: April 14, 2023 @ 12:23pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.040396 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list