CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 211|Reply: 0

[Pulau Pinang] Maqis gagalkan cubaan bawa masuk produk babi di LTAPP

[Copy link]
Post time 14-4-2023 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 14-4-2023 02:41 PM

Maqis gagalkan cubaan bawa masuk produk babi di LTAPP

oleh  MOHD ISKANDAR OTHMAN14 April 2023 12:19pm





Produk dagangan keluaran hasilan haiwan (produk babi) dari luar negara dirampas berikutan tidak mempunyai permit dan sijil yang sah.




BAYAN LEPAS - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang mengagalkan cubaan membawa masuk dagangan keluaran hasilan haiwan (produk babi) dari luar negara berikutan tidak mempunyai permit serta sijil yang sah pada Khamis.

Pengarah Maqis Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd Talib Hashim berkata, barang dagangan itu dirampas di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) hasil pemeriksaan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Ia berjaya dikesan dengan bantuan mesin pengimbas JKDM dan pemeriksaan oleh pegawai Maqis LTAPP.

"Siasatan mendapati, keluaran hasilan haiwan itu ditahan kerana tidak mempunyai permit import serta sijil kesihatan veterinar yang sah.

"Dagangan ini dibawa dari negara China, Singapura dan lain-lain negara merupakan jenis hasilan haiwan seperti sosej babi, daging salai, dan pelbagai lagi hasilan haiwan yang diimport dengan keseluruhan berat dagangan sebanyak 70kilogram (kg) dan dianggarkan bernilai RM 12,305," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Muhammad Ikram berkata, perbuatan mengimport keluaran hasilan haiwan tanpa permit yang sah adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), Akta yang sama.

Katanya, jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, beliau berkata, Maqis sentiasa mengambil langkah serius bersama agensi penguatkuasaan di sempadan dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri negara.



Jelasnya, daging babi yang merupakan haiwan berisiko dan mudah dijangkiti penyakit seperti African Swine Fever (ASF) di mana ia boleh didapati pada daging babi walaupun ia telah diproses dan tersedia untuk dimakan.

"Pintu masuk Maqis seperti di lapangan terbang antarabangsa merupakan kawasan yang berisiko tinggi untuk terjangkiti African swine fever di mana penumpang dari pelbagai negara membawa produk makanan tersebut melalui bagasi ke dalam negara.

“Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara,” katanya.



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.106092 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list